Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViral

ASWARA Perlu Jaringan Universiti Untuk Dedah Kebudayaan

By 19 November 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Inthran Krishnan & Syaiful Harif Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR,  19 Nov (Malaysiaaktif) – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan  (ASWARA) perlu mempunyai jaringan dengan universiti di seluruh negara untuk pendedahan kebudayaan.

Penasihat Sosial Budaya Perdana Menteri, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata insiatif ASWARA melancarkan sebanyak 15 bua buku karya tenaga pengajar di institusi tersebut mencerminkan  komitmen untuk memperkasakan dunia akademik, khususnya bidang kebudayaan, kesenian dan penulisan kreatif.

whatsapp-image-2016-11-18-at-12-57-24

Bercakap semasa merasmikan pelancaran buku-buku ‘Akal Budi Seni’ pada Khamis, Rais berharap agar ASWARA memainkan peranan penting dalam usaha mengekalkan kesenian dan kebudayaan negara.

Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, “ASWARA merupakan satu-satunya universiti yang memainkan peranan dalam mengembangkan kebudayaan dan seni.”

“Universiti ASWARA sebegini harus diwujudkan lebih banyak bagi meningkatkan kesenian negara, di mana kesenian dan kebudayaan dilihat semakin pupus di negara kita,” jelasnya.

Tambahnya, sebagai sebuah institusi seni, budaya dan warisan, ASWARA memerlukan modal insan berfikiran kreatif dan produktif, serta sentiasa berusaha mengetengahkan idea-idea baharu yang lebih inovatif dan bersesuaian dengan kebudayaan.

 

– AH/AAS

Tinggalkan komen anda