Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

“Bukan Kami Yang Bakar” – Ketua Pemuda UMNO Krubong Tengah

By 14 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto: Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Dua laporan polis dibuat oleh Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) cawangan Krubong Tengah terhadap Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Pribumi Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen bagi menafikan kenyataan bahawa kebakaran sebuah kereta ahli Parti Pakatan Rakyat (PKR) adalah disebabkan oleh ahli UMNO.

Ketua Pemuda UMNO cawangan Krubong Tengah, Ramli Mat Sit berkata mereka tercalar dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Rafiq sehingga menyebabkan mereka dipandang serong oleh masyarakat setempat.

ramli-bin-mat-sit

Ketua Pemuda UMNO cawangan Krubong Tengah, Ramli Mat Sit.

Kenyataan yang dibuat Rafiq, yang juga merupakan bekas EXCO Pemuda UMNO, di laman sosial Facebook semalam menyebabkan UMNO cawangan Krubong Tengah mendesak polis untuk menyiasat tuduhan tersebut dan mengambil tindakan yang sepatutnya.

“Kami bukanlah seperti yang dikatakan. Kami masih tahu membezakan baik dan buruk serta tahu undang-undang kerajaan. Kami menafikan sekeras-kerasnya dan langsung tidak tahu-menahu tentang kebakaran kereta yang berlaku,” tegasnya.

Kenyataan penuh yang dibuat oleh Rafiq di laman sosial Facebooknya, semalam.

Kenyataan penuh yang dibuat oleh Rafiq di laman sosial Facebooknya, semalam.

Menurutnya, mereka hanya tahu mengenainya setelah Rafiq memuat naik kenyataan tersebut di Facebook, malah, mereka juga tidak mengetahui tentang kehadirannya  di warung yang dinyatakan.

“Apa yang kami tahu, beliau telah mula masuk ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput untuk mempengaruhi penduduk. Jadi kami anggap ini adalah tuduhan palsu dan memalukan cawangan kami,” kata Ramli selepas membuat laporan polis di Balai Polis Malim, tadi.

5

Tambahnya, apa yang dilakukan oleh Rafiq adalah perbuatan yang diciptanya sendiri sebagai propaganda atau provokasi bagi menaikkan namanya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kami dididik oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) di bawah pucuk pimpinan Perdana Menteri dan Ketua Menteri bahawa kami tidak menggunakan budaya samseng seperti yang digemburkan oleh Rafiq,” katanya tegas.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda