Foto: Aziz A.Shariff
SANDAKAN, 14 Nov — Angkatan Pertahanan Awam (APM) menumpukan pemantauan di perkampungan atas air di sekitar daerah ini dan Kinabatangan ekoran fenomena air pasang besar yang bermula hari ini.
Ketua APM Sandakan Ahmad Roslan berkata kawasan tersebut membabitkan Sim-Sim, Tinusa, Karamunting, Sekong, Gum-Gum di daerah Sandakan dan Sukau di Kinabatangan.
Katanya paras ketinggian ombak dijangka mencecah 2.28 hingga 2.53 meter mulai pukul 5 petang hingga 9 malam.
Orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada dan mengelakkan daripada melakukan aktiviti air dalam tempoh berkenaan, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Pada masa sama, beliau meminta orang ramai mengelakkan daripada melakukan aktiviti riadah di tepi pantai buat masa in