Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuanViral

Gagal Dapat Visa, Tiket Antara Punca Kerugian Kes Umrah

By 9 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Faizal Mansor /Foto Jeffrey Nian/ Featured: Aziz A. Shariff

LABUAN, 9 Nov (MalaysiaAktif) – Kegagalan agensi pelancongan mendapatkan visa umrah, tiada tiket penerbangan, pembatalan atau penangguhan pakej umrah serta pelanggaran terma dan syarat pakej umrah, adalah punca kerugian sebanyak RM 9.53 juta dalam sejumlah 232 kes penipuan pakej Umrah/Haji dari 2012 sehingga Oktober tahun ini.

Jumlah tersebut merupakan kes yang direkodkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada tempoh yang sama juga, statistik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menunjukkan terdapat sebanyak 3,482 kes dengan nilai tuntutan berjumlah RM 21 juta telah difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

e007189d-ceb2-4550-a08b-99291cb24a07

Ini dinyatakan Ahli Dewan Negara Wilayah Persekutuan Labuan, Senator Datuk Yunus Kurus ketika merasmikan Kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah/Ziarah dan Hak Kepenggunaan Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2016 di sini kelmarin.

“Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) telah menubuhkan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) pada Ogos 2014 yang bertindak sebagai pusat sehenti bagi menerima aduan, mengawal selia dan memantau kes-kes penipuan umrah”, ujarnya lagi.

Beliau berkata MKSU terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan industri pelancongan, seperti PDRM, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), KPDNKK, Lembaga Tabung Haji (LTH), Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Agensi-agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera (BUMITRA).

Sehubungan itu, Yunus menasihatkan  agar sebarang tawaran pakej umrah diselidik dan disemak dengan teliti kerana syarikat-syarikat hanya pengendalian pelancongan ke luar negara yang dikeluarkan oleh MOTAC sahaja dibenarkan menjual pakej umrah dan ziarah.

Menurut seorang peserta kempen, Ubudailah Haji Romli, 53, beliau menyokong kempen ini kerana ejen mahupun syarikat yang menawarkan pakej umrah tumbuh bak cendawan sejak kebelakangan ini, namun tidak pasti sama ada mereka benar-benar menawarkan pakej umrah ataupun mengambil kesempatan untuk menipu.

Ubaidulla berkata MKSU dapat dijadikan platform rujukan bagi umat Islam di negara ini agar tidak ditipu.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda