Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Hanya 38 Peratus Faham Tentang Negara-Negara ASEAN

By 8 November 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Sharman Subramaniam (Kuala Selangor)

JERAM, 8 Nov (Malaysiaaktif) — Kajian Sekretariat ASEAN mendapati kecetekan sebanyak 38 peratus pemahaman tentang negara-negara anggota kesatuan serantau tersebut.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menyarankan supaya pelajar dan juga penduduk kampung menyimpan impian untuk mengunjungi ke semua 10 negara kesatuan berkenaan supaya lebih maklum.

7ee14c96-3fa8-4b41-ab26-c4a586205a87

Beiau berkata demikian semasa perasmian program ASEAN@School (ASEAN Di Sekolah) Peringkat Sekolah yang diadakan di Jeram di sini hari ini.

Dalam pada itu Irmohizam turut mengulas mengenai Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Beliau menyifatkan Bajet yang membawa tema ‘Membandarkan Luar Bandar’ itu sebagai bukti bahawa masyarakat luar bandar tidak dipinggirkan dan penyediaan infrastruktur asas menjadi keutamaan kerajaan bagi manfaat mereka.

Program yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Dato’ Maharaja Lela ini bertujuan meluaskan pemahaman tentang ASEAN dalam kalangan pelajar melalui Pameran ASEAN dan Pertandingan ASEAN, antara lain.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda