Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

RM150 Juta Atasi Banjir Pulau Pinang

By 8 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Mohd Shahrizan Shahabudin (George Town)

GEORGE TOWN, 8 November (Malaysiaaktif) – Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang.

Menurut Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, peruntukan itu adalah untuk projek penambahbaikan Sungai Pinang yang merupakan sungai utama di Pulau Pinang.

“Peruntukan sebanyak RM150 juta ini adalah khusus untuk ‘rolling plan 2’ RMK 11 tahun 2017 bagi negeri Pulau Pinang.

“Terbahagi kepada dua komponen iaitu RM25 juta khusus kepada projek penambahbaikan sungai dan baki lagi RM125 juta khusus kepada projek tebatan banjir di Sungai Pinang sepanjang 3.2km, termasuk 10 batang anak sungai yang berhubung dengan Sungai Pinang ini,” katanya dalam satu sidang media selepas melawat Sungai Pinang, sebentar tadi.

whatsapp-image-2016-11-08-at-2-39-51-pm

Zainal berkata peruntukan ini merupakan sebahagian daripada permohonan RM350 juta oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang bagi projek tebatan banjir.

Tambah Zainal, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM1.9 bilion semenjak tahun 2007.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Banjir JPS, Hamizan Deraman memberitahu bahawa projek ini akan bermula pada tahun hadapan dan dijangka siap pada tahun 2020.

– AH

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda