Skip to main content
Berita TempatanSabah

KKMM Menghubung, Menyatu Masyarakat Pedalaman

By 24 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

  Oleh: Asmidar Zainol & Mastim Kiriman (Sabah)

PAITAN, 24 Nov (Malaysiaktif) – Program Menghubung dan Menyatu mampu membantu meningkatkan pembangunan dan ekonomi masyarakat pedalaman.
Ahli Parlimen Kawasan Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata program anjuran Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) itu akan memperkasakan masyarakat setempat melalui konsep pembangunan iklusif.

“Melalui perkhidmatan dalam talian yang disediakan, kita yakin penduduk di pedalaman kini mampu berhubung dengan masyarakat bandar dengan lebih pantas di samping memperoleh maklumat terkini dengan lebih cepat.

Antara aktiviti yag dijalankan

Antara aktiviti yag dijalankan

“Di samping itu, program berkenaan bakal meningkatkan jaringan kerja seterusnya dapat membantu dalam menjana pendapatan melalui perkhidmatan dalam talian seperti e-Kasih, E-Usahawan, e-Rezeki dan sebagainya,” ujarnya.

Tambah Ronald, perkhidmatan jalur lebar itu turut memberi manafaat kepada kanak-kanak di kampung berkenaan.

“Bagi anak-anak yang masih belajar, mereka dapat mencari maklumat yang diingini menggunakan enjin carian sedia ada memandangkan maklumat berada di hujung jari dan akhirnya menjadi insan yang berilmu,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran program berkenaan di Dewan Masyarakat, Kampung Pantai Boring pada Ahad.
Sementara itu, Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad berkata program ini merupakan satu inisiatif KKMM dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat pedalaman.

“Program ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk memastikan sekurang-kurangnya 95 peratus daripada rakyat Malaysia mempunyai akses kepada Internet menjelang 2020.

Sharifah Zarah

Program ini merupakan inisiatif KKMM menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat pedalaman-Sharifah Zarah

“Berpaksikan kepada empat prinsip iaitu berimpak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan, program ini terbukti dapat menyelesaikan masalah dan cabaran dalam usaha kerajaan meningkatkan penyampian perkhidmatan kepada rakyat,” jelasnya.

Tambahnya, program ini mempunyai dua eleman penting iaitu mendigitalkan dan merakyatkan penyampaian perkhidmatan komunikasi.

Katanya, melalui elemen digital, kerajaan membangunkan infrastruktur seperti menara telekomunikasi, capaian Internet yang lebih tinggi dan penyiaran digital yang memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau berharap agar program ini membawa manfaat berterusan kepada penduduk kampung berkenaan di samping meningkatkan kesjahteraan hidup pada masa depan.

Program Menghubung dan Menyatu yang seterusnya akan diadakan di daerah Tongod pada 17 dan 18 Disember ini.

-SF

Tinggalkan komen anda