Skip to main content
Berita TempatanSabah

403 PATI Di Sandakan Dihantar Pulang

By 24 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

  Oleh: R.Fauzi Abdul Lahap & Charlane Aloysius Sitaim (Sabah)

SANDAKAN, 24 Nov (Malaysiaktif) – Seramai 403 Pendatang Tanpa Izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang melalui pelabuhan di sini ke Zamboanga, Filipina semalam.

Tahanan PATI yang dihantar balik adalah dari pusat tahanan sementara (PTS KK) seramai 353 orang dan (PTS Sandakan) seramai 50 orang.

Daripada jumlah tersebut, seramai 229 orang ialah lelaki dewasa, 141 perempuan dewasa, 33 kanak-kanak berumur lingkungan satu hingga enam tahun.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini, Pengarahnya, Datuk Rodzi Md Saat berkata penghantaran balik PATI ke negara asal mereka merupakan komited berterusan kerajaan Malaysia dalam menangani masalah kemasukan PATI ke negeri ini.

Tindakan proaktif ini dibuat melalui pelbagai usaha bersepadu secara bersama dengan agensi kerajaan lain seperti ESSCOM, Jabatan Imigresen, PDRM dan APMM yang dikelolakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengesan dan menangkap PATI.

Tambahnya, statistik terkini PATI yang pulang secara sukarela sejak 1990 hingga 22 November 2016 mencecah seramai 549,514 orang.

Pada tahun ini, di Sabah sahaja, seramai 19,543 PATI telah dihantar pulang ke negara masing-masing.

“Kerajaan komited menjalankan tanggungjawab yang diamanah bagi memastikan Sabah sifar PATI dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Sabah.

Jelasnya lagi, semua pihak termasuk rakyat perlu berkerjasama dengan agensi penguatkuasa termasuk menyampaikan maklumat mengenai kehadiran PATI dan mengelak dari mengaji atau melindungi PATI.

Penduduk tempatan, Rosli Suhaili, 50, berkata kerjasama semua pihak terutama masyarakat amat diperlukan dan perlu berganding bahu dengan agensi keselamatan menanggani masalah ini.

“Masyarakat tidak sewajarnya hanya menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab ini kepada pihak keselamatan, kerjasama semua penting agar negara tidak mudah diceroboh”, katanya ketika ditemui Malaysiaaktif semasa menyaksikan proses penghantaran pulang PATI berkenaan.
-SF

Tinggalkan komen anda