Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

Jangan Biar Anak OKU Di Rumah

By 7 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Norhayani Hashim & Salawati Mat Shariff (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 6 November (Malaysiaaktif) – Orang ramai diharap dapat memberi kesedaran kepada sanak-saudara dan kenalan supaya tidak hanya membiarkan anak-anak Orang Kelainan Upaya (OKU) di rumah, sebaliknya dihantar ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Pengerusi Semai Bakti Parlimen Kepala Batas, Datin Sri Ismalina Ismail, berkata demilikian ketika merasmikan Mini Karnival PDK 2016 di sini, semalam.

“Kempen kesedaran untuk pendaftaran pelatih OKU telah diadakan sejak tahun lepas. Namun masih terdapat ibu bapa yang enggan menghantar anak-anak mereka yang terdiri dalam kalangan OKU ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti atas alasan masalah kewangan,” kata Ismalina.

whatsapp-image-2016-11-06-at-8-18-10-pm

Tambahnya, dengan adanya PDK yang tidak mengehadkan had umur dan kategori kecacatan, anak-anak OKU dapat dilatih bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Sementara itu, Pengerusi PDK Mawaddah Permatang Bendahari, Abdullah Yaakob, berkata, antara objektif program ini adalah untuk mendekatkan golongan OKU dengan masyarakat, di samping memupuk sifat penyayang kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Program yang melibatkan lapan pusat PDK ini turut menyediakan pendaftaran OKU bagi memudahkan ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya untuk mendapat pendidikan serta kemahiran di PDK.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti Pertandingan Talentime, gubahan tuala, pertandingan mewarna dan ‘clay art’.

whatsapp-image-2016-11-06-at-8-18-11-pm-1

– AH

Tinggalkan komen anda