Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohorViral

Rakyat Johor Disyor Jadi Agen Pembangunan

By 8 November 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Latifah Salleh (Muar)

MUAR, 8 November (Malaysiaaktif) – Tanpa mengira negeri kelahiran, semua pihak dialu-alukan dalam memberikan pandangan dan saranan bagi membantu membangunkan kemajuan negeri Johor.

Menurut Pegawai Khas Menteri Besar Johor, Prof. Dr. Abdul Razak Ahmad, kerajaan negeri Johor dalam usaha merangka pelbagai perancangan pembangunan ke arah Johor Berkemajuan.

“Pembangunan modal insan di negeri Johor hendaklah dilaksanakan seiring dengan semangat Muafakat Johor supaya semangat ini terus diterapkan dalam setiap bangsa Johor.

“Pelbagai aspek pembangunan terus diberikan keutamaan oleh kerajaan negeri, namun ia seharusnya bergerak seiring dengan kepesatan ekonomi negeri ini,” katanya.

Tambahnya, setiap lapisan masyarakat disyorkan menjadi agen dalam memasarkan agenda yang diatur oleh kerajaan negeri bagi memastikan segala kemudahan dan pembangunan yang disediakan dapat dinikmati semua.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Jelajah Johor Berkemajuan di sini.

Program yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar, Jamaludin A. Hamid ini, turut dibanjiri dengan kehadiran 700 tetamu jemputan dari pelbagai agensi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif IKLAS, Johan Ariffin Mohd Ropi.

– AH

Tinggalkan komen anda