Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

Tanah Runtuh: Jalan Ditutup untuk Kenderaan Berat

By 8 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Ahmad Faiz Mansur, Azimee Abdullah & Sherul Nizam Zakaria (Teluk Bahang)

TELUK BAHANG, 8 November (Malaysiaaktif) – Kerajaan Persekutuan akan membiayai kos membaiki jalan dan tembok yang rosak akibat kejadian tanah runtuh di KM 53.4, Jalan Teluk Bahang menghala ke Batu Feringghi, semalam.

Pengerusi Majlis Tindakan Perseketuan Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman yang ditemui di lokasi kejadian berkata, peruntukan tersebut dianggarkan menelan kos sebanyak RM500 ribu ke RM600 ribu.

“Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin di dalam apa jua masalah yang berlaku. Ini kerana pihak Kerajaan Persekutuan tidak akan lepas tangan sekiranya berlaku bencana alam seperti ini,” katanya.

whatsapp-image-2016-11-08-at-5

Setakat ini, hanya kenderaan jenis motosikal sahaja yang dibenarkan melalui jalan tersebut sehingga proses pembaikan jalan selesai.

Sementara itu, Jurutera Daerah Barat Daya, Shamsulnizam Zolkapli berkata, kerja pembaikan jalan berkenaan dijangka memakan masa selama dua minggu kerana kerosakan dan runtuhan jalan yang serius.

– AH

Tinggalkan komen anda