Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri SembilanViral

Tambahkan Kelab 1 Malaysia di Sekolah Menengah

By 18 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh Norhayati Bt Shamsu Anuar

Kuala Pilah, 16 Nov (Malaysiaaktif) – Kelab 1 Malaysia adalah platform penting dalam menyemaikan semangat perpaduan dan cintakan tanahair di kalangan pelajar – pelajar sekolah ujar IKON Kelab 1 Malaysia Daerah Kuala Pilah Khairolnezam bin Shaari ketika merasmikan Pertandingan Bowling Kelab 1 Malaysia Sekolah- sekolah Menengah Daerah Kuala Pilah di Mydin Bowl, Seremban 2 hari ini.

Menurut Khairolnezam , Kelab 1 Malaysia dibawah seliaan Jabatan Penerangan Malaysia telah mengadakan pelbagai program bagi menarik golongan remaja khususnya pelajar sekolah menengah . Antaranya program seperti Pertandingan Sketsa Rukun Negara, Kem Aspirasi Pelajar, Kursus Pengucapan awam, Kursus Pengacara Majlis, ceramah kemerdekaan dan kuiz asean.

Kelab 1 Malaysia disyorkan ditubuhkan di setiap sekolah Menengah di Daerah Kuala Pilah kerana  mempunyai pendekatan yang menarik. Program atau aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan memang bersesuaian dengan kehendak dan transformasi masa kini, ujarnya lagi.

Beliau juga menyatakan bukan mudah untuk menarik minat remaja turut serta dalam program yang bercorak patriotik tetapi dengan ada program yang lebih santai seperti pertandingan Sketsa Rukun Negara di mana maklumat di sampaikan kepada pelajar – pelajar sekolah mengenai rukun negara secara lakonan ataupun teater. Selain dari itu, mereka juga diberikan peluang dan dilatih untuk berani berucap, bercakap dan bersuara di hadapan khalayak di dalam Kursus pengucapan awam

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Mulub Mohd Yusof, bersetuju dengan saranan Khairolnezam agar Jabatan Penerangan Malaysia mempertimbangkan penambahan Kelab 1 Malaysia di setiap Sekolah Menengah Daerah Kuala Pilah kerana setakat ini hanya ada 4 sekolah sahaja dari 11 sekolah.

Tambahan lagi beliau berkata kolobrasi antara Jabatan Pendidikan dan Jabatan Penerangan dapat menerapkan elemen pemahaman kepada pelajar terhadap perlembagaan negara dan ia merupakan sebahagian kokurikulum sekolah.

Pertandingan Bowling antara Kelab 1 Malaysia Daerah Kuala Pilah dan Johan Keseluruhan dimenangi oleh Sekolah Menengah Keb angsaan Zaaba.

Tinggalkan komen anda