Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

Bakteria Salmonella Undang Bahaya

By 8 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Ibrahim Hashim (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 8 November (Malaysiaaktif) – Deretan majlis-majlis kenduri kahwin menjelang musim cuti sekolah nanti perlulah dipastikan tahap kebersihan bahan-bahan masakannya.

Daging merah dan putih seperti ayam mudah dijangkiti bakteria Salmonella jika tidak dijaga tahap kebersihan dan kualitinya, terutama dimusim hujan.

Menurut doktor di Unit Rawatan Pesakit Luar, Hospital Kepala Batas, Akmal Azhar, 36, bakteria Salmonella boleh menyebabkan jangkitan gastrointestinal yang kebiasaannya menyerang dalam tempoh empat hari hingga seminggu.

“Namun ada beberapa kes boleh menjadi parah dan menyerang lebih lama jika melibatkan bayi, ibu hamil, orang tua dan mereka yang mempunyai sistem antbodi yang lemah.

“Gejala jangkitan salmonella biasanya bermula antara 12 hingga 72 jam selepas bakteria masuk ke dalam badan,” ujar Dr. Akmal ketika ditemui wartawan Malaysiaaktif.

Salmonella hanya menjangkiti pesakit apabila bakteria masuk ke dalam badan melalui makanan yang mengandungi bakteria salmonella.

“Bakteria salmonella boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan tetapi yang paling popular ialah telur separuh masak dan ayam yang terdedah kepada bakteria akibat basi atau kurang masak.

“Salmonella juga boleh terdapat dalam daging kisar, buah-buahan, sayur-sayuran serta makanan beku,” tambah Dr. Akmal lagi.

Dalam pada itu, seorang ibu kepada pesakit yang dijangkiti Salmonella, Saerah Yaani, 30, berkata, anaknya yang berusia dua tahun akan mengalami peningkatan suhu badan sehingga 39 darjah celcius terutama di waktu malam dan mengalami ceret beret.

“Keadaan ini amat meruncingkan, menurut doktor jika bakteria ini tidak dirawat segera, boleh masuk ke dalam darah dan otak yang boleh menyebabkan implikasi kesihatan yang lebih serius dan berpanjangan,” jelas Saerah.

Pesakit salmonella akan mengalami sakit perut, sakit kepala, demam, cirit-birit, mual, muntah, suhu badan naik dan badan bertukar kebiruan.

Tinggalkan komen anda