Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Warga Singapura Jatuh Laut

By 30 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Fauzrina Hj Bulka

ALOR GAJAH, 30 Nov (Malaysiaaktif) – Seorang warga Singapura, Wuan Poh Fatt, 60, dipercayai telah terjatuh ke laut dari Kapal Super Star Gemini lebih kurang 11.05 malam pada Ahad lepas.

Bilik Gerakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menerima panggilan daripada Kapten Kapal Persiaran tersebut, Kapten Westergreen pada 9.20 malam semalam melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Wilayah Maritim Selatan, Johor Bahru dan Maritime Rescue Command Centre (MRCC) memaklumkan seorang penumpang dilaporkan telah jatuh laut.

Timbalan Pengarah Operasi, Leftenan Komander (M) Mohamed Suffian Khairudin berkata kru kapal tersedar kehilangan mangsa ketika ingin berlabuh di pelabuhan Georgetown, Pulau Pinang.

“Kru kapal telah membuat pengumuman di dalam kapal sejurus menerima aduan daripada lima kenalannya yang menyedari kehilangannya, namun tidak menerima sebarang respon,” katanya.

Menurutnya, krew kapal juga telah membuat tinjauan pada kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kapal dan mendapati kelibat orang jatuh pada 27 November jam 11.05 malam kira-kira 9.5 batu nautika dari Pulau Batu Besar dan lebih kurang 12 batu nautika dari Tanjung Kling.

Difahamkan, APMM DM5 telah mengaktifkan Mencari dan Menyelamat (SAR) dan menugaskan aset Bot Kilat 19 dan Pengawal 49 ke lokasi pencarian di perairan Tamjung Keling, di sini.

“Pihak Maritim Malaysia juga telah mendapatkan kerjasama dengan agensi terlibat seperti Polis Di Raja Malaysia(PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia berhampiran,” jelasnya.

Tambahnya, hebahan juga telah dibuat kepada kapal-kapal dagang yang menggunakan laluan berkenaan serta komuniti maritim berhampiran mengenai operasi mencari dan menyelamat penumpang Kapal Persiaran Super Star Gemini.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda