Skip to main content
Home

Penyokong Kelab Johor Darul Takzim (JDT) Dominasi Liga Super

By 30 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

PETALING JAYA, 30 Nov — Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mendominasi kemeriahan bola sepak tempatan apabila mencatatkan kehadiran penyokong paling tinggi ke stadium sepanjang musim Liga Super 2016.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada laman Facebook rasmi Football Malaysia Limited  Liability Partnership (FMLLP), jumlah kehadiran penyokong ke stadium yang dicatatkan oleh penyokong juara Liga Super itu adalah seramai 191,982 orang.

Pasukan Perak pula menduduki tangga kedua dengan catatan 121,687 penyokong sepanjang musim lalu.

Juara Piala Malaysia, Kedah pula menduduki kedudukan ketiga dengan kehadiran 103,421 penyokong ke stadium.

 

http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2016/11/29/penyokong-liga-super/

Tinggalkan komen anda