Skip to main content
Berita TempatanLabuanWilayah Persekutuan

‘Bejamming’ Beri Kelainan Tarik Pelancong

By 15 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh: Mohd Faizal Mansor / Foto : Jeffrey Nian

 

LABUAN, 15 Dis (Malaysiaaktif) – Program ‘Bejamming’ Kita dalam Karnival Rekreasi Pelancongan memberi kelainan dan tarikan kepada para pelancong di Taman Rekreasi Tanjung Purun. Demikian pendapat pengunjung dari Brunei, Abd. Halil Matusin, 39.

Menurut Halil, beliau amat terhibur dengan persembahan jamming yang di persembahkan oleh artis-artis tempatan, di samping menghirup udara segar di pantai Tanjung Purun.

Program anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Labuan (RTM) melalui Labuan FM ini menjadi medium menghiburkan pengunjung dari luar dan dalam di pantai ini.

Seorang lagi pengunjung, Amir Hamzah Junaidi, 21, dari Labuan berkata, program seperti ini juga amat diminati oleh anak-anak muda di Labuan dimana melalui program ini generasi Y dapat berkumpul disamping mengisi salah satu aktiviti iaitu memelihara kebersihan dan keindahan pantai di sekitar Tanjung Purun.

Beliau juga berharap agar program ini dapat dianjurkan dengan lebih gah lagi disamping memberi peluang kepada anak muda Labuan menunjukkan bakat mereka melalui pentas Program ‘Bejamming’ Kita ini.

Antara artis-artis terkenal dan tempatan yang memeriahkan program tersebut adalah Radhi OAG, Reynaldo, Felix, Jonathan Tse, Jerry Kamit dan lain-lain lagi.

Majlis Penutupan Karnival Rekreasi Pelancongan dan Program ‘Bejamming’ Kita telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Haji Yunus Haji Kurus.

-MRR

Tinggalkan komen anda