Oleh: Eviannie Kin Mei Hoon & James Ghani @Gimpas (Sabah)
KOTA KINABALU, 3 Dis (Malaysiaktif) – Orang ramai boleh menyumbang dengan membeli hadiah bernilai sekurang-kurangnya RM15 dari mana-mana cawangan di Kota Kinabalu atau di POPULAR Mega Bookfair di 1Borneo Hypermall
untuk Projek Amal ‘Christmas Gift Bank’ sempena Perayaan Krismas.
Program yang sedang berlangsung hingga 12 Disember ini
turut menyediakan khidmat pembungkusan hadiah secara percuma dan penyumbang turut akan menerima baucar promosi RM10.
Hadiah yang dikumpul itu akan diserahkan kepada dua rumah kebajikan anak yatim Sabah iaitu di Jireh Home dan Care Haven.
Sementara itu, Pengurus POPULAR , Samantha Tai berkata pesta buku itu juga bermatlamat untuk mendidik masyarakat untuk mengamalkan budaya membaca.
“Semoga melalui platform dapat dimanfaat oleh masyarakat untuk membaca lebih banyak buku,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Lawatan Media di 1Borneo Hypermall pada pagi Jumaat.
Pada majlis yang sama, POPULAR turut menyerahkan sumbangan bulan Ramadan yang lepas sebanyak RM10, 107.82 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Papar selaras dengan peranan sosial selaku warga korporat yang bertanggungjawab.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak Fadilla David, 36, berkata pesta ini menyediakan produk berkualiti seperti buku-buku dan alat tulis pada harga yang berpatutan.
“Di sini pelbagai promosi yang hebat di samping pilihan yang banyak untuk membeli persediaan perkakas sekolah anak-anak,” katanya.
Bagi Megan Sikajat pula, 16, berkata pesta ini memang sentiasa dinanti-nantikan kerana dapat membeli banyak novel kegemarannya dengan harga yang murah.
Tambahnya, hampir setiap tahun beliau dan keluarga mengunjungi pesta buku ini kerana banyak menawarkan produk menarik dengan harga promosi hebat selain banyak aktiviti menarik.
–SF