Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Kadar Obesiti Rakyat Malaysia Makin Meningkat

By 7 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh Abdul Razak Bin Zakaria (Petaling)

SERDANG, 7 Dis (Malaysiaaktif) – “MAHA 2016 merupakan pendekatan terbaik untuk mempamerkan perkembangan dan kejayaan di dalam bidang pertanian,” demikian kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam di pelancaran Kempen Makan Buah dan Sayur, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan (MAHA) 2016, di sini.

Menurut beliau lagi, “hasil kajian National Health and Morbiditi Survey (NHMS) yang dijalankan tahun 1996 sehingga 2015 menunjukkan status kesihatan masyarakat Malaysia semakin membimbangkan.

“Hanya 6% sahaja rakyat Malaysia dewasa yang mengambil buah-buahan dan sayur dengan kuantiti yang cukup,” jelasnya.

Menurut kajian, pada tahun 1996 menunjukkan peratusan sebanyak 4.4% kadar obesiti di kalangan rakyat Malaysia, namun kini meningkat kepada 17.17% dimana peningkatan sebanyak 13% dalam tempoh masa 20 tahun.

“Terdapat 2 kategori kegemukkan iaitu obesiti dan lebih berat badan. Namun kategori lebih berat badan di kalangan rakyat Malaysia lebih membimbangkan kerana 30% daripada rakyat malaysia mempunyai lebihan berat badan. Secara keseluruhan 47% tergolong dalam 2 kategori ini” ujar beliau lagi.

Turut diperkenalkan konsep pinggan sihat Malaysia : SUKU,SUKU,SEPARUH dimana pengambilan nasi = suku, Protein = suku, buah dan sayur = separuh. Ini supaya rakyat faham dan seterusnya dapat mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang sepatutnya.

Menurut Azman Yusof, 45 tahun salah seorang pengunjung dari Johor “program ini merupakan satu platform menarik untuk mendidik masyarakat malaysia makan secara sihat dan MAHA 2016 juga dapat membantu para usahawan kecil dan sederhana untuk mempamer dan memasarkan produk mereka.”

 

-SH

Tinggalkan komen anda