Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Iskandar Malaysia Jana Kekayaan, Mensejahterakan Rakyat

By 6 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Mohd Zahid Othman / Foto oleh: Mohd Najib Mohaini (Johor)

ISKANDAR PUTERI, 6 Disember (Malaysiaaktif) – Setelah sepuluh tahun ditubuhkan, Iskandar Malaysia telah mencatatkan sebanyak RM221 bilion pelaburan terkumpul dari 2006 sehingga November 2016 berbanding RM41 bilion sasaran awal yang ditetapkan.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata, sepanjang sepuluh tahun pembangunan Iskandar Malaysia, pelbagai perubahan ketara dalam bidang ekonomi dan pembangunan sosial boleh disaksikan.

“Pembangunan inklusif di wilayah ini telah menyaksikan peningkatan sosiekonomi, termasuk peningkatan pendapatan isi rumah penduduknya sebanyak 14.4 peratus dari tahun 2012 ke tahun 2014,” katanya.

img_9316

Sempena ulangtahun ke-10 penubuhan wilayah ekonomi ini pada November lalu, Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak telah merasmikan majlis sambutan yang diadakan di EduCity, Iskandar Puteri, hari ini.

Najib dalam ucapannya memberitahu berpuas hati dengan peningkatan bilangan penduduk Iskandar Malaysia dalam golongan M40 dalam tempoh tujuh tahun kebelakangan ini.

“Berdasarkan laporan terkini statistik Jabatan Perangkaan, pendapatan isi rumah Johor juga telah meningkat 14.4 peratus dari tahun 2012 ke tahun 2014, iaitu peningkatan tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia,” jelasnya.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin.

– AH

Tinggalkan komen anda