Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Kelainan Upaya Bukan Bererti Tidak Berupaya

By 1 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Nurulaini Mohd Kasran

KOTA TINGGI, 30 November ( Malaysiaaktif ) – Bakat tidak mempunyai batasan, sama ada seseorang itu hampir sempurna atau ditakdirkan wujud sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

Sesungguhnya golongan OKU adalah manusia yang normal dalam konteks bakat yang hanya menunggu untuk ditonjolkan dan digilapkan.

Sehubungan itu, semalam Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kota Tinggi telah menganjurkan program Kesenian dan Kebudayaan bersama daerah-daerah lain di negeri Johor.

Program berbentuk pertandingan nyanyian dan tarian itu bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat daripada kalangan OKU.

Peserta yang berjaya di peringkat daerah akan mewakili daerah masing-masing untuk bertanding di peringkat negeri yang dijangka akan diadakan pada pertengahan Januari 2017.

Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Tinggi, Datuk Haji Daud Arbah, daerah ini telah dipilih menjadi tuan rumah untuk pertandingan tersebut.

Sejumlah 10 Pusat Latihan Dalam Komuniti (PDK) mengambil bahagian untuk pertandingan peringkat daerah.

PDK Permata Kasih dari FELDA Air Tawar 5 muncul sebagai johan bagi dua kategori terbuka, iaitu kategori nyanyian solo dan nyanyian duet.

Lain-lain kategori yang dipertandingkan, termasuk Nyanyian Duet OKU PDK, Nyanyian Solo OKU PDK dan Tarian Kebudayaan 1Malaysia PDK.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda