Skip to main content
EkonomiHomeViral

Keselamatan, Kebajikan Rakyat Sentiasa Diutamakan – Najib

By 31 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Ketika Malaysia hendak melangkah ke Tahun Baharu 2017, Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar bahawa kerajaan akan sentiasa mengutamakan kepentingan keselamatan dan kebajikan rakyat.

Beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan polis dan angkatan tentera atas peranan besar mereka dalam mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan sambil memberi jaminan kerajaan akan terus berwaspada berhubung hal-hal keselamatan.

“Kita menghadapi serangan pertama berkaitan Daesh pada Jun, dan hanya semangat dan dedikasi anggota polis dan tentera yang berani yang tidak mengenal erti penat menghalang insiden seperti itu daripada terus berlaku,” kata beliau dalam Perutusan Tahun Baharu 2017.

Perdana Menteri berkata, kerajaan dan pasukan keselamatan akan terus melindungi Sabah terutama di Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, daripada ancaman oleh kumpulan pengganas dan penculik.

Mengenai peranannya di pentas antarabangsa, beliau berkata Malaysia tidak akan memencilkan diri daripada bersuara dan akan memainkan peranan aktif bagi membangkitkan isu-isu global yang penting.

– Bernama

Tinggalkan komen anda