Skip to main content
Berita TempatanLabuanWilayah Persekutuan

Media Perlu Sebar kebenaran

By 7 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Mohd Faizal Mansor
Foto : Jeffrey Nian

LABUAN, 6 Dis (Malaysiaaktif) – Para pengamal media mampu boleh membantu menyebarkan kebenaran kepada masyarakat. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan, Zainal Madasin berkata demikian pada Majlis Aprisiasi Pegawai JBPM Bersama Media 2016 di Dewan Mutiara JBPM Labuan, pagi tadi.

Khususnya dalam kes-kes kecemasan dan kebakaran, peranan pihak media berjaya memastikan spekulasi dan viral negatif tidak tersebar luas dengan memasukkan fakta yang sebenar yang diperolehi daripada pihak berkuasa khususnya JBPM, ujarnya.

Katanya lagi, pihak media berperanan penting dalam melaporkan kes-kes kecemasan dan kebakaran secara pantas dan tepat bagi memastikan maklumat dapat disalurkan kepada masyarakat dari masa ke semasa.

Justeru, pihak JBPM amat menyanjungi peranan pihak media yang tidak mengenal erti penat lelah dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat melalui majlis yang diadakan ini, ujar Zainal lagi.

Menurut Zainal, selama ini pihak media telah banyak membantu mengharumkan nama JBPM Labuan sebagai agensi yang mengutamakan kesejahteraan masyarakat selama ini.

Sesungguhnya pihak JBPM Labuan juga telah banyak menerima pencapaian yang mengkagumkan seperti menjadi johan Pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat Kebangsaan, kumpulan inovatif dan kreatif balai bomba dan penyelamat Labuan memperolehi tempat ke-3 dalam Pertandingan Konvensyen Inovatif dan Kreatif Peringkat Kebangsaan serta lain-lain lagi pencapaian yang boleh dibanggakan oleh JBPM Labuan, Zainal menambah lagi.

Menurut Presiden Pergerakan Media Labuan, Jainuddin Djimin berkata para pengamal media di Labuan amat menghargai penat lelah yang dicurahkan oleh pegawai dan anggota JBPM Labuan dalam memastikan keselamatan penduduk Labuan berada dalam keadaan selamat serta usaha bersungguh-sungguh anggota JBPM menyelamatkan mangsa-mangsa kes kecemasan seperti kemalangan dan kebakaran amatlah terpuji.

Pihak media di Labuan juga sentiasa berhubungan dengan pihak JBPM dalam mendapatkan maklumat yang sahih dan benar sebelum mengeluarkan berita mahupun laporan, tambah Jainuddin lagi.

Majlis itu juga turut meraikan pegawai-pegawai JBPM Labuan yang akan berpindah ke cawangan JBPM negeri lain.

– MRR

Tinggalkan komen anda