Skip to main content
GlobalHome

Gempa Aceh: 25 Penduduk Disahkan Maut

By 7 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

ACEH, 7 Dis — Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh termasuk kanak-kanak dan berpuluh-puluh mangsa lagi terperangkap apabila gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter menggegarkan Banda Aceh pada awal pagi Rabu.

Kejadian tersebut turut menyebabkan berpuluh-puluh bangunan runtuh dan sejumlah penduduk dilaporkan cedera, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Pegawai daerah tempatan, Apriadi Achmad berkata, ramai mangsa terperangkap apabila deretan kedai dan rumah runtuh akibat gempa terbabit di daerah Pidie Jaya.

“Jentera berat telah dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap,” katanya.

Sementara itu, pegawai Agensi Pengurus Bencana Kebangsaan (BNPB) Sutopo Nugroho berkata, gegaran yang dirasai amat kuat sehingga menyebabkan orang ramai panik dan berlari keluar ke kawasan lapang.

Imej yang tersebar dalam media sosial juga menunjukkan runtuhan bangunan akibat gempa berkenaan, selain tiang elektrik yang tumbang dan orang ramai berkumpul di jalan.

Sekurang-kurangnya lima gegaran susulan dicatatkan selepas gempa kuat itu.

 

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/12/07/gempa-aceh/

 

Tinggalkan komen anda