Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

RM1 Tambang Bas Perantara MRT Ringankan Beban Rakyat

By 1 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Noor Sazarina Mohd Noor

SUNGAI BULOH, 1 Dis (Malaysiaaktif)  — Dalam keadaan kos sara hidup semakin meningkat, kerajaan terus berusaha untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Antara inisiatif, termasuk penyediaan infrastruktur pengangkutan awam, seperti Projek MRT Lembah Klang (KVMRT) yang melibatkan pembinaan jaringan berintegrasi pengangkutan awam berasaskan rel dengan sistem-sistem transit aliran ringan atau light rail transit (LRT), monorel, KTM Komuter, KLIA Ekspres dan KLIA Transit.

15336d3b-d981-4d06-aa14-e63d3b5e153b

Meringkan beban rakyat: Tambang hanya RM1.

 

Terbaharu, pengguna hanya perlu membayar RM1 bagi kemudahan bas perantara apabila laluan 1 Fasa Pertama MRT dari Sungai Buloh ke Semantan yang dijangka bermua pada 16 Disember ini.

Diskaun sebanyak 20% akan diberikan kepada pelajar, warga emas, pas mingguan serta pas bulanan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah sebanyak 300 buah bas disediakan sebagai bas perantara.

71bc7c83-bed4-4c65-8028-c0fd1e1adc47

Mohd Azharuddin bersama wartawan pagi tadi.

 

Beliau berkata kerjasama antara MRT Corp dan Prasarana Malaysia Berhad melalui Rapid Bus sebagai pengendali akan menggunakan bas perantara di 12 buah stesen sepanjang laluan Sungai Buloh ke Semantan.

Menurut Mohd Azharuddin lagi, sejumlah 112 buah akan digunakan, manakala selebihnya akan beroperasi mengikut jadual apabila Fasa 1 siap sepenuhnya pada 31 Julai 2017.

Bas perantara ini dilengkapi tempat duduk selesa, termasuk yang dikhaskan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kamera keselamatan.

Perkhidmatan Bas Perantara yang meliputi kawasan sekitar 10 kilometer  dari setiap stesen ini disediakan bagi menambahbaik sistem pengangkutan di Lembah Kelang.

Bagi SPAD, pembukaan MRT yang dijadualkan pada 16 Disember ini diharap memanfaatkan penduduk sekitar Lembah Kelang dan Selangor.

Mohd Azharuddin berkata demikian semasa taklimat media yang diadakan oleh pihaknya di sini pagi tadi.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda