Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

 ‘Sedetik Seulus Kasih’ Siap Pelajar Untuk Persekolahan 2017

By 28 Disember 2016Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh  Asmidar Zainol & Ahmad Shaid Jibal (Sabah)

KOTA BELUD, 28 Dis (Malaysiaktif) – Terpancar perasaan gembira apabila selesai mengunting rambut di wajah saudara sepupu Ashraf Rahman, 6, dan Farid Aidil Jaiman, 11.

“Segala kelengkapan sekolah telah tersedia dan kami tidak sabar untuk memasuki alam persekolah tahun hadapan,” demikian kata Farid sambil diangguk tanda setuju oleh Ashraf apabila ditemui media semasa Program Sedetik Seulas Kasih semalam.

Sesi persekolah 2017, Ashraf bakal memasuki alam persekolahan, tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sembirai, manakala Farid bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di SK Timbang Dayang.

“Terlalu teruja untuk memasuki sesi persekolahan tahun hadapan, tidak sabar untuk berjumpa dengan guru dan rakan-rakan dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh,” kata Farid.

bts-11

Ashraf Rahman (kiri) dan Farid Aidil Jaiman (kanan).

 

Kedua-dua sepupu tersebut merupakan antara penerima bantuan persekolah melalui program Kembali Ke Sekolah “Sedetik Seulus Kasih” anjuran Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) dengan kerjasama Majlis Daerah Kota Belud, Media Prima Berhad, MEASAT dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kota Belud, Usukan, Kedamaian serta Tempasuk di dataran Majlis Daerah Kota Belud.

Sementara itu, pasangan suami isteri, Rosjah Abang, 37 dan Jumatin Talib 39, bantuan yang diterima kepada empat anak mereka amat dihargai.

“Kami bukanlah dari keluarga yang senang, bersyukurlah kerana melalui bantuan daripada pihak KKMM, ia serba sedikit dapat meringgankan beban perbelanjaan kami.

bts-3

Khemah menggunting rambut penuh sesak dengan orang ramai.

 

“Ini merupakan kali ke-tiga kami membawa anak-anak untuk memotong rambut dan tahun ini kami turut membawa anak saudara bersama mendapatkan perkhidmatan tersebut.

“Jika di Kedai sekurang-kurangnya RM5-RM10 dikenakan, jadi peluang menggunting rambut percuma hari ini tidak dilepaskan,” jelas Rosjah.

Rosjah turut berterima kasih kepada kerajaan di atas Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima kerana bantuan tersebut digunakan bagi membeli peralatan sekolah anak-anaknya yang lain.

bts-9

Salleh (belakang, tengah) bergambar bersama sebahagian kanak-kanak yang menyertai program berkenaan.

 

Bagi pengusaha salon, Stacy Teo, 44, perasaan gembira turut dirasakan kerana dapat membantu meringankan perbelanjaan ibu bapa dalam penyediaan anak-anak masuk ke sekolah.

“Tahun ini merupakan tahun ke-tiga saya menyertai program ini dan seperti tahun-tahun sebelumnya, program ini mendapat sambutan menggalakkan. Walau pun tidak menang tangan, saya gembira kerana dapat menyumbang tenaga dalam persiapan mereka masuk ke sekolah,’ kongsinya kepada pemberita.

 

Hadir sama di program berkenaan adalah Menteri KKMM, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak dan lebih seribu orang kanak-kanak dan ibu bapa menyertai program tersebut.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda