Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeSabah

Tiba Masa Buktikan Kemampuan Kontraktor Tempatan – Azman

By 20 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Munnica Kiat

LAHAD DATU, 20 Disember (Malaysiaktif) – Pelancaran pembangunan Leburaya Pan Borneo bagi laluan Sandakan Tawau sejauh 7 kilometer berbanding 17 kilometer sekarang lebih memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan dan sewajarnya kontraktor terpilih buktikan kemampuan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata pembinaan lebuh raya Pan Borneo ini bukan sahaja banyak memberi manfaat kepada masyarakat malah iaturut memberi peluang kepada kontraktor tempatan.

“Projek ini semestinya turut meningkatkan ekonomi  dan  menarik lebih ramai lagi pelancong dari dalam  dan luar Negara berkunjung ke negeri ini terutama di Daerah Lahad Datu.

Musa turut mengingatkan masyarakat Lahad Datu bahawa  kerajaan sentiasa komited dalam membantu dan merubah nasib rakyat.

Musa berkata demikian semasa ucaptama sempena Majlis Pelancaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Pakej Lahad Datu  di Sekolah Menengah Kebangsaan Sepagaya semalam.

Kontraktor kecil anak tempatan, Azman Abdul Ghani dari Borneo Highway PDP Sdn Bhd berkata rasa syukur dan terima kasih kepada kerajaan kerana memilih syarikatnya menjadi salah satu pemaju yang terlibat dalam pembinaan lebuhraya ini.

Katanya lagi, sesungguhnya pelaksanaan projek ini amat bertepatan dalam membantu masyarakat memacu kepesatan ekonomi di kawasan pantai timur sabah.

Manakala, seorang pengunjung [email protected] Iskandar Dustan dari Kampung Terusan berkata terima kasih kerajaan persekutuan dan negeri atas pelaksanaan projek ini.

“Projek Lebuh raya  Pan Borneo semestinya banyak memberi kebaikan kepada pengguna khususnya dari segi penjimatan masa, menambahkan pendapatan dan keselesaan pengguna lebuhraya ini yang tentunya digunakan tanpa tol, ” Katanya ketika ditemui selepas pelancaran berkenaan.

Projek pembangunan lebuhraya tanpa tol sepanjang 1,236 kilometer ini dijangka memberi manfaat besar kepada seluruh rakyat Sabah dan Sarawak terutama dalam meningkatkan ekonomi di kedua-dua negeri.

 

Tinggalkan komen anda