Skip to main content
Berita TempatanSabah

 ‘Home Visit’ Merasai Denyut Nadi Masyarakat Pedalaman

By 20 Disember 2016Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohammad Abdul Rahman & Muliati Ismail

PAPAR, 20 Disember (Malaysiaktif) – Pengalaman petugas ‘Home Visit’ ke rumah pesakit terlantar sempena program Health For Malaysia (HFM) bermula sabtu di sekitar daerah ini cukup berharga dan merasai betapa rakyat di pedalaman masih memerlukan perhatian serius.

Ketua pasukan Home Visit selaku Pegawai Eksekutif Jururawat Rawatan Rumah, Hospital Cheras Kuala Lumpur, Asnidah Shahril, berkata beliau bersama tiga sukarelawan perubatan dan tiga kakitangan Jurupulih Perubatan Carakerja, Occupational Therapy, Hospital Papar berusaha memasuki beberapa kampung yang jauh berbeza daripada semenanjung.

“Sepanjang program ini, kita memasuki beberapa kawasan pedalaman sejauh 30 hingga 55 kilometer daripada Pekan Papar.

“Matlamat misi adalah untuk berjumpa dan melihat sendiri pesakit yang sukar bergerak mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan terdekat.

home-visit-2

Muliati (Tiga dari Kiri) menyerahkan bantuan berupa keperluan dapur dan wang tunai hasil kutipan Larian Amal Papar (Papar Charity Run) PLKN Kem wawasan Ovai.

 

Jelasnya lagi, hasil lawatan ini memberi suatu pengalaman berharga terutama aspek kemanusiaan dan pentingnya membantu pesakit yang memerlukan bantuan.

Penjaga, Micheal Chun, 33, melahirkan rasa hiba dan syukur dengan kehadiran pasukan Home Visit ke kediamannya di Kampung Sulim Tempasak.

Katanya, anak saudaranya, Danial Chun Ming, 7, mengidap Cerebral Palsy CP (kecacatan otak) sejak lahir serta ibunya, Siew Lee Atai, 54 yang mengidap strok.

home-visit-3

Muliati (Tiga dari Kiri) menyerahkan bantuan berupa keperluan dapur dan wang tunai hasil kutipan Larian Amal Papar (Papar Charity Run) PLKN Kem wawasan Ovai.

 

“Setiap 3 dan 4 bulan sekali, Danial akan mendapatkan rawatan di hospital Likas.

“Ayahnya bekerja di Kota Kinabalu dan hanya saya, suami dan adik-adik yang menjaga dia serta ibu di rumah,” Ujarnya.

Manakala Margereta 52, isteri kepada Tadius John Lunggi, 52, merasa terharu dan hiba menerima kehadiran pasukan perubatan tersebut.di rumahnya di kampung kabang.

Jelasnya, suaminya menghadapi penyakit sama, lebih setahun lalu akibat kemalangan.

“Terima kasih, semua terima kasih kerajaan atas lawatan dan membantu kami,” Katanya lagi dengan penuh rasa terharu ketika ditemui selepas sesi lawatan tersebut.

Sukarelawan Home visit, Muliati Ismail bekas pensyarah kejururawatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berharap agar semua pihak sama ada persatuan mahupun kerajaan dapat melakukan sesuatu bagi membantu semua para pesakit terlantar di sini.

Jelasnya, melalui lawatan ini terdapat beberapa pesakit yang amat memerlukan perhatian serius seperti pesakit di kampung Sumbiling, iaitu Alester Juanis, 12, mengidap Cerebral Palsy Conginatel, Linus, Osteoporosis dan masalah pembelajaran.

“Alester terlalu memerlukan perhatian dan bantuan orang ramai terutama dalam aspek pembelajaran, oleh itu, diharap ada pihak yang sudi memberi bantuan kepada aspek berkenaan.

Diakhir sesi lawatan tersebut pasukan ‘Home Visit’ turut menyampaikan bantuan ikhlas barangan dapur dan wang tunai hasil kutipan derma orang ramai bersama Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Papar melalui aktiviti Larian Amal PLKN.

Selain itu, Jessica James, Jurupulih perubatan carakerja, Hospital Papar menjelaskan seramai 13 pesakit di 12 buah rumah di sekitar daerah ini telah dilawati sepanjang program tersebut.

Antaranya Kampung Ulu Lumagar, Sumbiling, Kampung Sungai Damit Bongawan, Kimanis, Bambangan, Benoni, Kampung Pengalat Besar, Sulim, Tempasak, Tanaki serta Kabang.

“Majoriti kes semasa lawatan rumah tersebut adalah pengidap penyakit Cerebral Palsy bagi kanak-kanak dan penyakit strok untuk dewasa.

Jelasnya lagi, pesakit sememangnya memerlukan perkhidmatan pemulihan carakerja (occupational therapy) memandangkan kebanyakan penjaga yang terlibat hanya memiliki purata pendapatan bulanan sekitar RM 600 ke bawah.

 

Tinggalkan komen anda