Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Upin Ipin Pengaruhi Anak Untuk Bersunat

By 12 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan
Izzul bersama ibunya selepas selamat berkhatan.

 

Laporan / foto oleh Fauzrina Hj Bulka

AYER KEROH, 12 Dis (Malaysiaaktif) — Akibat sering menonton siri kartun Upin Ipin membuatkan Izzul Muhaimin terpengaruh untuk merasai pengalaman bersunat walaupun umur dia baharu menjangkau usia lima tahun.

Menurut ayahnya, Mohd Yusoff Zakaria, 34, anak tunggal lelakinya itu sangat bersemangat untuk bersunat dan sejurus mendapat perkhabaran mengenai program berkhatan itu, beliau terus mengambil keputusan untuk mendaftarkan anaknya.

“Di rumah dia memang gemar menonton Upin Ipin dan salah satu babak itu menunjukkan aksi bersunat, dan dia ulang kali minta disunatkan juga supaya berani macam Upin Ipin,”katanya.

ea252726-8136-4f13-979f-456c463fa796

Antara peserta yang berdebar menunggu giliran.

 

Menurutnya lagi,  dengan menyertai program berkhatan di Taman Mini Asean itu, beliau hanya perlu membayar sebanyak RM50 berbanding di tempat lain yang mengenakan caj agak tinggi hampir RM200.

“Yang eloknya, RM20 daripada jumlah yang kami bayar dipulangkan semula dalam bentuk Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) atas nama anak kami yang mana saya rasa sangat bagus untuk simpanan pendidikan dia nanti,”ujar Mohd Yusofff yang juga seorang guru.

6c523caf-4464-4f67-b3a1-bc79044aeb91

Kanak-kanak gembira disiram.

 

Beliau ditemui selepas Majlis Berkhatan Beramai-ramai yang dirasmikan oleh Penasihat Gerakan Prihatin Ransangan Setiakawan Malaysia merangkap Pengerusi Majlis Khidmat Negara, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrasyid di Taman Mini Malaysia di sini, semalam.

Seramai 42 peserta terdiri daripada kanak-kanak dari kawasan berdekatan yang berusia di antara lima hingga 10 tahun dikhatankan oleh seramai empat pegawai perubatan daripada Hospital Melaka.

Bagi membantu menghilangkan rasa gementar, kanak-kanak diarak mengelilingi Taman Mini Asean dan menaiki kereta kuda sebelum di siram beramai-ramai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka.

5ad3a4b6-9aa9-40db-8600-25eb7fa6d85f

Datuk Rahim Ali (kiri) bersama Datuk Noor Ehsanuddin (tengah).

 

ab74a2bb-5e16-4c4d-b5bc-7053f5f61ea9

Dibawa menaiki kereta kuda untun bantu hilangkan debaran.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda