Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Melaka Beri Pelbagai Insentif Kepada Murid B40 Pada 2017

By 12 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan/ foto oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 12 Dis (Malaysiaaktif) — Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, pelbagai insentif akan diberikan kepada murid-murid dari keluarga B40 sebagai galakan dalam pendidikan pada tahun hadapan agar dapat memajukan diri mereka di masa hadapan.

“Insentif ini sebagai perangsang bagi anak-anak ini memajukan diri mereka di dalam pelajaran dan seterusnya menaiktaraf kehidupan keluarga terbabit dari kepompong kemiskinan.

a66eb23b-a650-42fe-8d00-36b610b45854

Pelajar berbaris menerima bantuan beg.

 

Namun begitu katanya, kerajaan negeri akan memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja menerima insentif tersebut antaranya bantuan kelas tambahan percuma dan imbuhan RM3,000 kepada murid yang berjaya memperolehi 9A.

Tambah Idris, bantuan persekolahan yang dikendalikan Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM) ini akan diagihkan kepada lebih 4,000 murid menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Bantuan Sekolah Rendah kerajaan negeri bagi sesi akedemik 2017 di Sungai Udang, di sini, semalam.

b5d04aff-b04f-45f8-acab-05e830bd9a49

Antara pelajar yang menunggu giliran untuk ke atas pentas.

 

Seramai 380 murid dari 32 sekolah rendah di empat kawasan Dewan Undangan Negeri menerima sumbangan pakaian sekolah lengkap bernilai RM25,000 berupa dua pasang pakaian, beg sekolah, kasut dan alat tulis.

Majlis terbabit merupakan sebahagian daripada pemberian sumbangan kepada 2,611 dari 229 sekolah rendah di seluruh negeri yang akan diagihkan secara berperingkat sehingga 29 Disember ini.

152e5a2c-2c67-4765-82e6-48fd4cfbed5a

Mohd Hisham dan Mohd Hafiz.

 

Sementara itu, Mohd Hisham bin Borhan, 9 berjaya menarik perhatian apabila naik ke pentas menerima bantuan dengan hanya berkain sarung. Ketika ditanya, rupa-rupanya dia baharu sahaja tiga hari selesai berkhatan.

Dia yang ditemani abangnya, Mohd Hafiz, 23 berkata adik bongsunya itu teruja untuk datang sendiri menerima bantuan persekolahan tersebut kerana tidak sabar untuk memulakan sesi alam persekolahan baharu tahun hadapan.

“Pada mulanya dia risau juga sebab perlu berkain sarung, tapi bila dia kata dia tak rasa sakit dan agak selesa, saya hanya bagi semangat padanya dan menemankan dia hari ini bersama-sama di atas pentas,”ujarnya yang tinggal di Klebang.

Mereka yang telah kehilangan ayah berkata bantuan tersebut banyak membantu mengurangkan kos persekolahan memandangkan bantuan yang diperoleh lengkap sepasang persalinan termasuk beg dan juga kasut sekolah.

“Bila sudah dapat bantuan ini, kami hanya perlu fikirkan perbelanjaan buku dan yuran sekolahnya sahaja selepas ini, jadi memang benar-benar mengurangkan beban kami sekeluarga,” ujarnya gembira.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda