Skip to main content

 

 Oleh: Aimi Huwaina (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 2 Disember (Malaysiaaktif) – Fesyen merupakan seni yang tidak mengira tempat.

Memasuki hari keempat Persidangan Agong UMNO (PAU) 2016, pelbagai gaya boleh didapati dalam kalangan perwakilan dan pemerhati UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Wanita dan Puteri UMNO kelihatan menawan berbaju kurung mengikut tema masing-masing dengan berbaju kurung tradisional dan moden serta kebaya.

Ahli Wanita UMNO Balik Pulau, Pulau Pinang

Ahli Wanita UMNO Balik Pulau, Pulau Pinang

 

Ahli Puteri UMNO Kemaman, Terengganu

Ahli Puteri UMNO Kemaman, Terengganu

 

20161202_163544

Rata-rata perwakilan dan pemerhati lelaki persidangan PAU 2016 pula dilihat lebih memilih untuk tampil segak dengan baju melayu lengkap beserta sampin dan songkok.

Namun begitu, perwakilan UMNO Mersing, Semail Abd Salam, memilih untuk membawa sedikit kelainan dengan mengenakan baju melayu merah jambu kotak-kotak.

“Saya memang minat, berubah-ubah cara pakai. Nanti saya cari lagi untuk tahun depan pula. Tahun ini dah ditetapkan, kalau tidak saya memang tiga hari tu memang lain warna lah.

“Macam tahun ini, yang pertama kita kena pakai biru, hari kedua bebas lah sebab itu saya pakai ini, hari ketiga kena pakai merah kita ikutlah. Kalau tahun lepas tu dia tak tetapkan, memang kita ubah-ubah warna lah,” jelas Semail.

20161202_111945

Perwakilan UMNO Mersing, Semail Abd Salam

Sementara itu, satu majlis pemotongan pulut kuning telah diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan delegasi-delegasi UMNO yang memilih untuk menginap di hotel berkenaan sempena PAU 2016.

Pengurus Besarnya, Mohamad Halim Merican yang ditemui wartawan Malaysiaktif berkata, kesemua 560 bilik di hotel di hotel berkenaan telah ditempah oleh Parti UMNO, bermula 29 November sehingga 3 Disember.

PAU 2016 ini akan berakhir esok.

20161202_121517

Majlis Pemotongan Pulut Kuning

Tinggalkan komen anda