Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaWilayah Persekutuan

Ibu Sedia 12 Pasang Baju Buat Anak Kembar

By 3 Januari 2017Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Syed Fauzi Syd Mostapa / Video: Pradeeb Kumar Velayutham           

PUTRAJAYA, 3 Jan (Malaysiaaktif) – “Tahun ini, saya dan suami sediakan sebanyak 12 pasang baju dan sepasang kasut untuk anak kembar kami. Sebab pernah tahun lepas anak saya, bajunya cepat kotor terutama selepas habis kelas Pendidikan Seni. Baju mereka ini pula saya hantar ke kedai dobi sahaja sebab banyak nak kena gosok”.

Demikian kata seorang ibu, Nurul Aini Adnan, 33, yang ditemui ketika Hari Pertama Persekolahan 2017 di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 9 (2) pagi tadi.

Anak sulungnya murid tahun dua, Nur Arissa Mohd Faizal dan Nur Anissa Mohd Faizal kelihatan cukup teruja dengan beg merah jambu dan bekas air masing-masing ketika ditemui di kantin sekolah ketika waktu rehat.

p

Arianna dan Arissa teruja dengan beg merah jambu dan bekas air baharu.

“Hari ini seronok. Saya belajar melukis, rumah di tepi bukit. Saya dan adik belajar dalam satu kelas. Kami makan kentang, sosej dan nasi lemak,” jelas Arissa.

Tambah ibunya yang mengambil cuti dua hari untuk memenuhi keperluan anak kembar sulungnya itu, “Walaupun saya rasa mereka boleh bawa diri tetapi sebagai emak, saya tetap ambil cuti dua hari ini untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Anak-anak memang teruja nak pakai semua benda baharu hari ini juga.

“Dari segi perbelanjaan memang seorang dalam RM500 hingga RM600 tidak termasuk beg. Tetapi saya tetapkan had juga kerana kanak-kanak ini jika beri mereka pilihan pasti nak pilih Barbie dan sebagainya. Jadi pada saya, ibu bapa kena bertegas, kerana kita tahu kemampuan masing-masing,” ujarnya yang merupakan Pembantu Tadir.

Sementara itu, Aini turut berasa bersyukur kerana kerajaan yang memberi bonus pada hari ini membantu ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

 

“Setelah banyak berbelanja untuk anak-anak, bonus daripada kerajaan yang diterima pada hari ini amat membantu. Dahulu di sekolah tadika swasta setiap bulan pasti akan keluar belanja. Sekarang di sekolah kerajaan, banyak bantuan diterima dari segi yuran bulanan, Selain itu, saya juga suka sebab peralatan yang ada seperti bilik seni semua masih cantik. Cikgu juga lebih prihatin kerana apabila aduan dibuat biasanya cepat masalah diselesaikan,” jelasnya.

azli-rahman-berpendapat-bantuan-spbt-amat-membantu-ibu-bapa

Azli Rahman berpendapat bantuan SPBT amat membantu ibu bapa.

Dalam pada itu, seorang lagi bapa kepada pasangan kembar, Azli Rahman bantuan kerajaan, yang paling mengurangkan bebannya ialah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

“Sebagai bapa kepada Nur Erina Arianna dan Nur Erina Arissa, saya menyediakan baju seorang lima pasang manakala kasut pula seorang tiga pasang. Jadi memang saya memperuntukkan kos yang tinggi untuk mereka berdua. Dengan adanya bantuan SPBT ini amat membantu saya dalam menguruskan bajet persekolahan mereka.

“Apa yang saya lihat di sekolah ini selain sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, guru-guru yang ada juga bukannya calang-calang kerana mereka mempunyai latar belakang pendidikan yang hebat. Ibu bapa diberi taklimat sejak awal, dan nampak semuanya berjalan dengan lancar,” jelasnya.

ariana-dan-arissa-dalam-kelas-bahasa-arab

Arianna dan Arissa dalam kelas Bahasa Arab.

Nur Erina Arianna dan Nur Erina Arissa antara 280 pelajar yang mula mendaftar di sekolah tersebut dan antara 25483 murid tahun satu yang memulakan sesi Persekolahan 2017 di Putrajaya pada hari ini.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda