Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraJohor

Kunjungan Kerabat Johor Ceriakan Mangsa Banjir Segamat

By 27 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto oleh: Norhasliza Hamzah (Segamat)

SEGAMAT, 27 Jan (Malaysiaaktif) – Keprihatian kerabat diraja Johor terhadap mangsa-mangsa banjir, terserlah melalui kunjungan harian ke pusat-pusat pemindahan banjir di sini.

Bagi mangsa banjir dari Taman Bunga Raya, Noorzailawati Mohamad Suandi, 38, dia terharu dengan kunjungan yang diterima di pusat pemindahan banjir.

“Walaupun hanya sekejap sahaja tetapi ia jelas membuktikan Sultan Johor sebagai seorang raja yang berjiwa rakyat yang mana sedikit sebanyak mengembirakan hati rakyat yang bersedih dengan musibah banjir ini,” katanya.

Kunjungan bermula dengan Tunku Temenggung Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim pada Selasa, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Rabu dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semalam.

SJ di Sek Agama Gemereh

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tiba di Sekolah Agama Gemereh

Sultan Ibrahim yang tiba di Segamat pada pukul 10.20 pagi, memulakan lawatan pertamanya ke pusat pemindahan banjir Sekolah Agama Kampung Jawa sebelum ke Dewan Air Bah Paya Pulai dan Sekolah Kebangsaan Batu Anam.

Pada petangnya, baginda berangkat ke Sekolah Tinggi Segamat dan Sekolah Agama Gemereh untuk meluangkan masa beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.

SJ H2O swafoto

Mangsa-mangsa banjir mengambil kesempatan untuk berswafoto bersama Sultan Johor

Setakat ini, seramai 2,567 mangsa banjir daripada 655 keluarga masih ditempatkan di 70 pusat pemindahan yang dibuka dengan Sekolah Agama Kampung Jawa mencatat jumlah tertinggi iaitu 511 mangsa.

– AH

Tinggalkan komen anda