Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

92 Peserta Felcra Ulu Pondoi Terima Geran Hak Milik

By 29 Januari 2017Februari 2nd, 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Tampin)

TAMPIN, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Harga komoditi di Malaysia yang menunjukkan perubahan positif bakal memberikan nafas baru kepada peneroka Felcra di Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hasan berkata demikian semasa majlis penyerahan geran hak milik kepada seramai 92 peneroka Felcra Ulu Pondoi, Mukim Tebong di sini pada Isnin.

Dalam ucapannya Mohamed memberitahu perubahan positif harga komoditi Getah SMR20 pada bulan Januari secara puratanya adalah pada kadar RM9.38 sekilo.

Katanya, pemilik-pemilik tanah berkeluasan tiga ekar di sini yang telah bertanam dengan tanaman getah berusia lima tahun akan dapat merasai kesannya jika kadar ini kekal berterusan

Bagi penduduk kampung, Harun Hashim, 55, dia syukur dan gembira apabila mendapat geran suratan hak milik tanah yang berkeluasan 3 ekar.

Tanah berkeluasan 125 hektar di Ulu Pondoi ini telah diusahakan oleh Felcra sejak 1983, sebelum dilaksanakan projek tanam semula pada 2012. Sepanjang tempoh itu para peserta telah diberikan bantuan sebanyak RM450 yang dibayar tiga kali setahun untuk tempoh enam tahun.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas, Datuk Abd Razak Ab. Said, ADUN Gemencheh, Mohd Isam Mohd Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Bhd, Zulkarnain Md Eusope.

– AH

Tinggalkan komen anda