Skip to main content
HomeViral

Lagi Aksi Berani Remaja Panjat Mercu Tanda ‘Ipoh’

By 16 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

IPOH, 16 Jan– Kes panjat mercu tanda ‘Ipoh’ muncul kembali apabila kali ini seorang remaja lelaki menyebarkan aksi beraninya itu menerusi laman sosial.

Beberapa gambar tersebar dalam laman sosial menunjukkan remaja itu berdiri di atas huruf ‘P’ tanda mercu itu yang terletak dekat laluan keluar Simpang Pulai di Lebuh Raya Utara Selatan.

Satu gambar lain menunjukkan remaja itu mengambil gambar swafoto menggunakan telefon bimbitnya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada remaja tersebut bertindak sedemikian secara bersendirian atau berkumpulan.

Kapsyen gambar berkenaan turut mendakwa foto tersebut disunting dan orang ramai diminta tidak percaya aksi itu.

Difahamkan, mercu tanda tersebut berukuran 9.1 meter tinggi dan dibina pada ketinggian 30 meter di lereng bukit.

Majlis Perbandaran Ipoh masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Gambar berkenaan dipercayai dimuat naik pada Sabtu, kira-kira dua minggu selepas sekumpulan remaja mencetuskan kontroversi apabila foto mereka memanjat mercu tanda itu tersebar.

Kumpulan remaja terbabit kemudiannya memohon maaf atas perbuatan mereka.

 

http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2017/01/15/panjat-ipoh/

Tinggalkan komen anda