
Laporan dan foto oleh: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)
SEGAMAT, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 25 belia Selangor menungang motosikal ke Segamat secara sukarelawa untuk menyertai Program Bantuan Banjir Johor oleh MyVOC Belia Berkemahiran, semalam.
Menurut salah seorang peserta MYVOC daripada Majlis Belia Malaysia, Rizan Hassan, program ini merupakan inisiatif Majlis Belia Malaysia bagi merasakan satu tanggungjawab khidmat masyakarat dalam membantu mangsa banjir walaupun hanya membersihkan balairaya sahaja.
Tambah Rizan, daerah Segamat dipilih untuk menjayakan Fasa Pertama program ini, iaitu bantuan ke atas mangsa banjir di Johor.
Terdahulu, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, turut berkenan melawat mangsa-mangsa-mangsa banjir Segamat.
Baginda yang tiba pada pukul 12.10 tengahari, memulakan lawatan ke rumah keluarga mangsa lemas pertama, Mohd Fais Syafiq Hassan, 21, yang lemas selepas bot yang dinaikinya terbalik di Kampung Tengah, pada Selasa lepas.
Baginda kemudiannya melawat Pusat Pemindahan Banjir Balairaya Kampung Tandong, sebelum ke Pusat Permindahan Banjir Taman Suria dan Pusat Permindahan Masjid Tebing Tinggi.
Turut berangkat bersama baginda ialah Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah dan isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.
Setakat ini, seramai 1,230 mangsa banjir daripada 330 keluarga masih ditempatkan di 22 Pusat Pemindahan Banjir yang dibuka.
– AH