Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuanWilayah Persekutuan

Persatuan Karate Labuan Mampu Lahirkan Atlet Cemerlang

By 13 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan oleh: Mohd Faizal Mansor / Foto: Jeffrey Nian

LABUAN, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Presiden Persatuan Karate Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Ismifarizal Mohammed Ishak berkata persatuan ini akan terus komited dalam melahirkan atlet-atlet dalam sukan karate yang berkualiti dan mampu bersaing dengan negeri- negeri yang lain.

“Dengan dibarisi dengan barisan jurulatih yang mantap dan dibantu pula dengan ahli jawatankuasa yang berdedikasi, tidak mustahil persatuan ini akan berjaya ke tahap yang lebih tinggi lagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Presiden bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi bagi sesi 2017-2018 Persatuan Karate Wilayah Persekutuan Labuan di salah sebuah hotel terkemuka, di sini, malam tadi.

“Sesungguhnya, kejayaan yang paling besar yang diperoleh apabila atlet karate persatuan itu menyumbangkan sebanyak dua pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2014 lalu yang berlangsung di Perlis bagi Kontinjen Wilayah Persekutuan.

“Ini merupakan sumbangan yang besar oleh mantan presiden yang terdahulu dalam menaikkan imej Labuan dalam bidang sukan karate dan ini akan terus membakar semangat bagi persatuan ini untuk terus melatih dan mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan tersebut,” kata Ismafrizal.

Pada majlis yang sama, turut diraikan mantan presiden persatuan tersebut iaitu Edward Kong yang telah menjadi presiden persatuan tersebut sejak tahun 2004 hingga 2016.

“Saya amat optimis dengan peneraju yang baharu agar segala usaha bagi memartabatkan sukan karate untuk generasi muda di pulau ini akan dapat diteruskan yang bakal mengukir lebih banyak kejayaan lagi pada masa hadapan,” kata Edward.

Terdahulu, Edward merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli jawatankuasa serta barisan jurulatih dalam memberikan kerjasama yang terbaik sepanjang dia menerajui persatuan tersebut.

Turut hadir, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dan Naib Pengerusi persatuan tersebut, Senator Ahli Dewan Negara, Datuk Yunus Kurus.

Sesi pemilihan presiden dan ahli jawatankuasa tertinggi bagi sesi 2017-2018 telah berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan 2017 yang telah berlangsung pada 5 Januari lalu.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda