![](https://malaysiaaktif.my/wp-content/uploads/2017/01/badmeen.jpg)
Oleh Ahmad Jofri Ahmad Sulaiman
BATU PAHAT, 30 Dis – Kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai etnik memang dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat dan sekali gus dapat mengeratkan lagi perpaduan masyarakat. Tidak kira dalam apa jua sukan, kerjasama dan hubungan akrab akan lahir apabila pemain bertungkus-lumus dan bekerjasama menyahut cabaran sebagai satu pasukan.
Antara sukan yang menjadi pilihan ialah bola sepak, badminton dan olahraga. Rata-rata penggemar sukan yang ditemui percaya semua jenis sukan mampu mengeratkan silaturahim antara kaum.
Oleh itu, Persatuan Badminton Taman Evergreen Hight, Batu Pahat telah menganjurkan Pertandingan Beregu Badminton 2017 bertempat di Dewan Green Point, Jalan Tanjung Laboh, Batu Pahat yang bertujuan untuk kesihatan dan memupuk semangat perpaduan antara kaum di kawasan tersebut.
Menurut ketua penganjur, Mohd Norihsam Ramli, pertandingan ini telah dimenangi oleh pasangan Amir dan Firdaus. Majlis Perasmian Penutupan dan Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh ADUN Senggarang, Haji A Aziz Ismail.