Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

PM Sarapan Pulut Ikan Masin, Roti ‘Bakaq’ Di Alor Merah

By 17 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto oleh Muhamad Azrul Abdullah

ALOR SETAR, 17 Jan (Malaysiaaktif) – “Saya sangat gembira kerana pertama kali seorang Perdana Menteri ‘menyorok’ dengan set roti “bakaq”, sosej dan telor mata yang saya sediakan.”

Ini reaksi peniaga Roti Bakar  di Medan Selera Alor Merah di sini, Yasmin Md Yusuff, 45, sejurus selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak singgah ke kedainya. ‘Menyorok’ membawa maksud bersarapan dalam loghat Kedah.

Bagi Abdul Malik Saad, 51, yang turut berada di lokasi ketika itu pula berkata dia berbesar hati kerana Najib sudi menandatangani kopiahnya.

Teruja dengan apa yang berlaku, Abdul Malik akui bahawa Najib amat mudah seorang yang mesra dan begitu mudah didekati tanpa protokol.

WhatsApp Image 2017-01-17 at 14.09.55

Abdul Malik Saad menghulurkan kopiahnya untuk ditandatangani oleh Najib.

 

Lawatan dua hari beliau ke negeri Kedah ini seiring jadual  untuk menghadiri Majlis Jamuan Negeri Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang ke 89.

Beliau turt meluangkan masa untuk singgah ke Masjid Ar-Rahman, Alor Merah untuk bersarapan bersama ahli-ahli kariah di medan selera yang terletak berhampiran  sebelum menghadiri majlis meraikan Komuniti PR1MA di Sungai Petani.

Imam masjid yang juga Timbalan Pengerusi Masjid Ar-Rahman Alor Merah, Datuk Abdul Halim Hassan berkata, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dijamu dengan pulut ikan masin, dan ubi kayu rebus bersama kira-kira 2,000 penduduk tempatan. Beliau turut mengumumkan penambahan peruntukan sebanyak RM820, 000 untuk membaik pulih masjid tersebut.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah memberikan peruntukan sebanyak RM3.5 juta untuk tujuan yang sama.

Masjid yang dibina pada 1958 ini dirasmikan pada 1961 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Sementara itu, Setiausaha Masjid Ar-Rahman, Suhaimi Tasol berkata, peruntukan tambahan tersebut yang akan digunakan untuk pembinaan pintu gerbang, naik taraf kawasan perkuburan dan lain lain bakal memberi keselesaan kepada ahli kariah dan penduduk sekitar.

 

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda