Skip to main content
Berita TempatanSabah

Anak Pedalaman Terima Bantuan Persekolahan

By 17 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

  Laporan dan foto oleh: Matfazly Mat Kasim (Sabah)

TONGOD, 17 Jan (Malaysiaktif) – Rasa gembira dan seronok apabila terpilih menerima sumbangan bantuan persekolahan yang dianggap rezeki tidak diduga oleh para ibu bapa dan pelajar di Sekolah Kebangsaan Pekan.

Seramai 100 murid Sekolah Kebangsaan Pekan menerima sumbangan bantuan persekolahan sempena program ‘Back To School’ di Dewan terbuka, baru-baru ini.

Penerima Bantuan Mohd Wazin Syazirul Yahya, 9, berasa gembira dan seronok menerima beg dan peralatan sekolah baharu.

Bung Mokhtar (empat dari kiri) menyampaikan beg bantuan persekolahan kepada salah seorang penerima bantuan tersebut.

Bung Mokhtar (empat dari kiri) menyampaikan beg bantuan persekolahan kepada salah seorang penerima bantuan tersebut.

“Sebelum ini ibu ada beli sedikit peralatan sekolah, tetapi apabila terima bantuan ini rasa lebih seronok dan tidak sabar untuk belajar dengan peralatan baharu,” kata anak bongsu daripada lima beradik yang merupakan anak yatim yang dijaga sepenuhnya oleh ibu.

Terdahulu, menurut Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Mokhtar Raden, kerajaan sentiasa peka terhadap beban dan kos sara hidup tinggi yang dihadapi masyarakat terutama luar bandar.

“Kerajaan sentiasa memastikan penduduk terutama luar bandar khususnya seperti di daerah Tongod ini turut mendapat perhatian dan pemberian bantuan ini bagi memastikan pendidikan anak-anak di daerah ini tidak tercicir.

“Kerajaan akan membina lima buah menara pemancar bagi membolehkan para pelajar dan masyarakat di daerah terbabit dapat mengakses talian Internet seterusnya mampu mengikuti setiap perkembangan maklumat yang berlaku di seluruh dunia,” tambahnya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Tabung Haji Sabah, Muhammad Ahmadur menjelaskan penganjuran bersama dengan Ahli Parlimen ini merupakan suatu tanggungjawab sosial korporat (CSR) Tabung Haji.

“Sumbanga ini merupakan salah satu cara Tabung Haji membantu masyarakat pedalaman selain mempromosi perkhidmatan yang terdapat di Tabung Haji. Tahun ini sebanyak RM 40 ribu diperuntukkan Tabung Haji Sabah yang merupakan wang agihan zakat Tabung Haji kepada asnaf.

“Bagi program bantuan persekolahan ini, pihak Tabung Haji memilih tiga parlimen antaranya Kudat, Sepanggar dan Kinabatangan yang melibatkan seramai 1200 penerima,” ujarnya.

-SF

 

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda