Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Dana RM639.7 juta, Biaya Projek Kecil dan Sederhana Sarawak

By 16 Februari 2017Februari 17th, 2017Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan oleh Mohamad Borhan Ahmad Ulis /Foto : Jaed Tepus

LUNDU, 16 Februari (Malaysiaaktif) – Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar meluluskan peruntukkan kira-kira RM639.7 juta bagi membiayai 336 Projek Kecil dan Sederhana yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di seluruh Negeri Sarawak.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, daripada jumlah itu, sebanyak 11 projek utama telah diberikan peruntukan tambahan berjumlah RM95 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

“Peruntukkan yang disampaikan hari ini adalah peruntukkan tambahan dan tidak termasuk dalam peruntukkan sedia ada. Kerajaan telah merancang dan melaksanakan banyak perkara untuk kebajikan rakyat selama ini.

WhatsApp Image 2017-02-16 at 2.24.08 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuannku Jaafar menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Projek-projek Kecil dan Sederhana JPS kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Dewan Masyarakat Lundu.

“Tidak timbul persoalan mengapa ia diadakan pada masa pilihan raya kecil ini berlangsung kerana bantuan peruntukkan memang telah disediakan oleh kerajaan secara berterusan,” katanya di Majlis Penyerahan Projek-projek Kecil dan Sederhana JPS kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Dewan Masyarakat Lundu di sini, hari ini.

Tambah Wan Junaidi, peruntukan yang diberikan hari ini adalah untuk pihak kampung membersihkan sungai secara gotong-royong tanpa melibatkan pihak kontraktor yang mungkin akan menyalahgunakan dana itu demi mengaut keuntungan.

“Penduduk kampung lebih arif dengan kawasan persekitaran seperti sungai-sungai yang ada di kawasan masing-masing. Kerajaan bersedia untuk menyalurkan peruntukkan secara berterusan sekiranya pihak kampung memberi kerjasama yang baik,” tambahnya lagi.

WhatsApp Image 2017-02-16 at 2.24.10 PM (1)

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuannku Jaafar bersama wakil penerima dan kampung Projek-projek Kecil dan Sederhana JPS Kawasan Tanjong Datu, Sarawak

Dalam pada itu, beliau juga memberi jaminan kepada penduduk Kampung Sebat Iban, Sebat Melayu dan Kampung Temelan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah banjir yang dihadapi oleh penduduk di kampung tersebut.

“Masalah timbul oleh sebab kawasan tadahan air di perkampungan itu terjejas dengan kegiatan perladangan kelapa sawit. Kita akan mencari cara untuk mengatasi masalah tersebut dengan segera.” tegas Wan Junaidi lagi.

Pada majlis penyerahan itu, sebanyak 30 buah kampung di kawasan Tanjong Datu telah menerima peruntukkan di bawah Projek-projek Kecil dan Sederhana JPS. Wan Junaidi berharap peruntukan yang diberi akan diguna sebaik mungkin untuk kerja-kerja gotong-royong pembersihan sungai lebih-lebih lagi pada musim hujan berterusan pada masa ini.

 

-MSM

Tinggalkan komen anda