Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaWilayah Persekutuan

Agenda Memperkasakan Industri Sawit Negara

By 16 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh : Pradeeb Kumar Velayutham (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Negara kita perlu mendahului negara lain terutamanya Kesatuan Eropah dalam menetapkan kualiti dan pensijilan industri sawit negara dan ini amat penting dalam memastikan industi ini terus bersaing dalam pasaran global.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, kelapa sawit pengeluaran Malaysia harus berada pada kualiti tertinggi sepangjang masa dan adalah menjadi tanggungjawab kementerian untuk mempromosikan jenama pengeluaran Kelapa Sawit Malaysia dipersada dunia.

“Saya juga memohon serta mengingatkan semua wakil-wakil yang hadir untuk menetapkan kriteria pensijilan ini dengan mengambil kira faktor praktikal dan kepentingan pekebun kecil negara,” jelasnya ketika merasmikan sesi dialog dan perbincangan Skim Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) siang tadi di Putrajaya.

Mah Siew Keong (tengah) menjelaskan tanggungjawab kementerian dalam mempromosikan jenama pengeluaran Kelapa Sawit Malaysia dipersada dunia

Mah Siew Keong (tengah) menjelaskan tanggungjawab kementerian dalam mempromosikan jenama pengeluaran Kelapa Sawit Malaysia dipersada dunia

Sijil akreditasi yang memperkasakan industri kelapa sawit negara bakal diperkenalkan dan akan dikendalikan oleh Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) dibawah selian Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (MPIC).

Sijil atau akreditasi ini amat penting bagi memenuhi permintaan pasaran dunia, terutamanya di benua Eropah yang bakal memperkenalkan akreditasi dan saringan kualiti kepada semua produk kelapa sawit dalam masa terdekat seterusnya menjamin kepentingan dan kemapanan industri sawit negara dalam jangka masa panjang.

Susulan itu, satu sesi perbincangan khusus bersama wakil-wakil industri, persatuan kelapa sawit negara, Kerajaan Negeri, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan ahli akademik sedang berlangsung di Putrajaya.

Industri kelapa sawit membabitkan kehidupan lebih daripada 550,000 pekebun kecil negara yang mana sebarang perbincangan, perangkaan dan hala tuju serta keputusan sesi hari ini amat penting dalam penentuan MSPO kelak.

Pensijian MSPO bukan sahaja fokus kepada kos operasi, pengendalian serta kualiti pengeluaran kelapa sawit tetapi juga mengambil kira kesan terhadap alam sekitar, flora dan fauna, pembalakan, biodiversiti kawasan setempat, dan isu-isu kesihatan.

Turut diberi perhatian habitat spesis yang terancam seperti orang hutan, harimau, dan gajah.

 

-SH

Tinggalkan komen anda