Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pelajar IKBN Hasilkan Go-Kart

By 2 Februari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Zuriatina Tamat (Tangkak)

TANGKAK, 2 Feb (Malaysiaaktif) – Minat yang mendalam dan semangat tinggi sekumpulan pelajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh telah membuahkan hasil setelah berjaya menghasilkan sebuah kereta lumba Go-kart.

Pelajar IKBN dalam Jurusan Kimpalan, Norsaiful Syafiq 22, Najwa Noryanti Masda, 21, Mohd Haikal Md Said, 20 dan Mohd Aizat Abd Jalil, 21, yang menyeru saranan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 2012, telah dapat menghasilkan sebuah kereta go-kart pada 2013 dengan peruntukan sebanyak RM40 ribu daripada KBS.

Menurut Norsaiful Syafiq, sejak kereta go-kart ini siap dihasilkan pada 2013 sehingga kini, mereka telah memasuki dan memenangi beberapa pertandingan.

“Antara pertandingan yang kami sertai adalah Lima Race yang mana kereta ini telah dipandu oleh rakan kami sendiri, Saudara Azreen Zamri memandangkan beliau sahaja yang mempunyai lesen untuk memasuki litar perlumbaan.

“Yang terbaru adalah Ekonomi Race pada bulan September 2016 di Indra Mahkota, Pahang. Kami telah mendapat Johan bagi pertandingan tersebut,” katanya.

IMG20170121121620

Disoal mengenai reka bentuk, Norsaiful Syafiq berkata kereta go-kart ciptaan mereka merupakan hasil rekaan sendiri termasuk ciri-ciri keselamatannya.

“Kami ada juga merujuk laman Instituion of Mechanical Engineers – Formula Student untuk mendapatkan idea-idea dalam pembikinan go-kart ini,” jelasnya.

– AH

Tinggalkan komen anda