Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Pencegahan Dadah Bermula Dari Rumah – Mustafa Ibrahim

By 20 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan & Foto oleh : Zaman Aziz (Sepang)

SEPANG, 20 Februari (Malaysiaaktif) – Usaha pemantauan dan pencegahan penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja masa kini sentiasa memerlukan kerjasama berterusan bukan sahaja daripada pihak keluarga, malah masyarakat dan juga pihak berkuasa.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mustafa Ibrahim, sekiranya golongan muda mempunyai pendidikan asas mengenai bahayanya najis dadah, permasalahan ini boleh dibendung awal kerana pendidikan bermula dari rumah.

“Kerajaan sedar dadah bukanlah masalah dan isu setempat tetapi ia merupakan masalah global yang harus diberi perhatian bersama,” katanya ketika melancarkan Hari Antidadah Kebangsaan 2017 peringkat agensi di Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Bangi hari ini.

WhatsApp Image 2017-02-20 at 1.56.48 PM

Melentur buluh biar daripada rebungnya, begitu juga pendidikan mengenai masalah dadah perlu bermula di rumah – Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mustafa Ibrahim (dua dari kiri)

Jelas Datuk Seri Mustafa lagi, permasalahan ini mendapat perhatian serius Jemaah Menteri, malah Timbalan Perdana Menteri turut menegaskan pendekatan AADK telah berubah menerusi pendekatan dan strategi baharu Dasar Dadah Negara melalui akta dan pencegahan.

“AADK disarankan menggunakan pendekatan NBOS bagi mempertingkatkan perkongsian dan kerjasama antara agensi untuk mengoptimumkan sumber bagi mencapai ‘output’ dan ‘outcome’ yang lebih baik dan berkesan,” jelasnya lagi.

Dalam majlis yang sama beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada organisasi dan individu yang banyak menyumbang dalam pelaksanaan program pencegahan bersama AADK termasuk Jabatan Kerajaan, sektor swasta, agensi media, pihak berkuasa tempatan dan blogger.

-MSM

Tinggalkan komen anda