Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Pengetahuan Keusahawanan Lahir Pengguna Bijak

By 14 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

Oleh Mohd Baharruddin Mohamad / Foto: Razali Ihi

LUNDU, 14 Feb (Malaysiaaktif)-“Pengetahuan tentang keusahawanan dan kepenggunaan merupakan sesuatu yang penting bagi menjadikan kita seorang pengguna yang bijak dan tahu menguruskan ekonomi.”

Demikian kata, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, Datuk SeriHamzah Zainudin semasa merasmikan Majlis Penutup Seminar Keusahawanan dan Kepenggunaan Lundu di Dewan Masyarakat Lundu semalam.

“Apa yang boleh kerajaan bantu dalam menangani kos sara hidup rakyat adalah dengan cara menambahkan pendapatan rakyat melalui pelbagai peluang untuk menjadikan seseorang itu usahawan.

Hamzah menyampaikan barangan dapur kepada salah seorang peserta seminar dan sumbangan adalah daripada Jabatan Kebajikan.

Hamzah menyampaikan barangan dapur kepada salah seorang peserta seminar dan sumbangan adalah daripada Jabatan Kebajikan.

“Hari ini, banyak peluang terbuka dan ini sepatutnya direbut oleh rakyat untuk menjadi seorang usahawan bagi menambahkan pendapatan mereka.KPDNKK sentiasa bersedia untuk membantu dengan menyediakan skim latihan dan bimbingan.

“Pada masa yang sama Bank Rakyat juga ada menyediakan bantuan pinjaman serta peluang untuk mengembangkan perniagaan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Kerajaan hari ini ialah kerajaan yang mengutamakan rakyat setiap dasar dan tindakan terarah kepada pertumbuhan berpaksikan rakyat,” tambah Hamzah lagi.

Seminar Keusahawanan dan Kepenggunaan Lundu yang berlangsung sehari itu melibatkan seramai 500 peserta. Mereka ialah 200 penerima bantuan kebajikan manakala 300 penerima bantuan e-kasih.

Seminar Keusahawanan dan Kepenggunaan Lundu yang berlangsung sehari itu melibatkan seramai 500 peserta. Mereka ialah 200 penerima bantuan kebajikan manakala 300 penerima bantuan e-kasih.

 

Hamzah menyampaikan wang tunai dan barangan dapur kepada isteri Hussin Linchong Abdullah yang lumpuh sejak tiga tahun lalu.

Hamzah menyampaikan wang tunai dan barangan dapur kepada isteri Hussin Linchong Abdullah yang lumpuh sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, peserta dari penduduk Kampung Tusan Jaya, Sematan, Haniah Hassan, 70, yang terkejut menerima bantuan kerana kehadirannya atas dasar jemputan seminar.

“Saya fikir saya dipanggil untuk seminar sahaja dan tidak terlintas akan menerima barangan dapur seperti beras, gula dan barang lain kepada saya seolah-olah sebagai hadiah kepada saya yang mengikuti seminar ini.

Bagi penerima bantuan, Dyg. Mahwa Awg Jeni, 50 dari kampung Tanah Hitam Lundu pula tidak bercadang untuk membeli keperluan rumah selama seminggu selepas menerima bantuan.

“Dengan adanya barang yang saya terima maka dapat juga membantu serba sedikit keperluan dapur saya dan mungkin dalam seminggu saya tidak membeli barang seperti yang saya terima pada hari ini,” ujarnya bersyukur.

Selesai sahaja majlis penutupan seminar Program, Hamzah sempat melakukan Kerja Amal KPDNKK dan Giant berjalan dari kampung ke kampung untuk memberikan barangan dapur kepada peserta yang dipilih.

Antara peserta yang terpilih ialah Ekok Lichong yang menjaga bapanya Hussin Linchong Abdullah,78 yang terlantar oleh sebab sakit lumpuh sejak tiga tahun lalu dari kampung Tabuan Dayak dan Ritie Sambeli yang ibunya Susuziana  Adu,33, merupakan pesakit kronik.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda