Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Tarian Singa Simbol Muafakat

By 14 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh : Robani Nabi Ahmad / Mohd Anizan Mat Daud (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Persembahan tarian amat sinonim dengan Sambutan Tahun Baharu Cina yang disambut saban tahun. Budaya asal Tanah Besar China ini terus dipupuk oleh masyarakat Malaysia termasuklah komuniti Cina di Kelantan.

“Citra budaya inilah yang menjadi pegangan dan muafakat bagi masyarakat Cina tanpa mengira di mana mereka berada,” ujar Tan Ken Ten, Penaung Komuniti 1Malaysia (K1M) Kelochor yang ditemui di Majlis Penutup Sambutan Tahun Baharu Cina 2017 di Dewan Perniagaan Cina Kelantan, Kota Bharu semalam.

Tan yang juga Pengerusi MCA Kelantan mengatakan, sejak akhir-akhir ini anggota tarian singa turut disertai oleh masyarakat bukan Cina termasuklah orang Melayu, India dan Siam.

Penyertaan daripada pelbagai kaum turut merapatkan lagi hubungan antara etnik dan perpaduan nasional melalui tarian singa ini

Penyertaan daripada pelbagai kaum turut merapatkan lagi hubungan antara etnik dan perpaduan nasional melalui tarian singa ini

“Penyertaan kepelbagaian kaum ini turut merapatkan lagi hubungan antara etnik dan perpaduan nasional di Kelantan,” tambahnya lagi.

Disamping itu, penglibatan kaum lain dalam menyertai tarian singa adalah satu gambaran atau simbolik kepada kemakmuran dan kesepaduan masyarakat Malaysia, selaras dengan gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib juga menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang yakin dengan diri sendiri, meraikan kepelbagaian serta berbangga dengan kejayaan kita.

“Inilah siapa kita sebenarnya di saat kita di tahap terbaik. Inilah siapa yang harus kita jadi dalam kita memandang ke hadapan, ke arah Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan negara yang kita impikan menjelang pertengahan abad ini,” ujarnya dalam amanat perutusan tahun baharu yang lalu.

Sementara itu, menurut Law Ah Awang, 55, Pengerusi K1M Kelochor, seni tarian singa ini lebih kepada senaman berbentuk fizikal yang memberi manfaat positif untuk tubuh badan.

“Pergerakan pantas ketika persembahan membuatkan anggota badan sentiasa berpeluh, sekaligus mempertingkatkan kecerdasan dari segi mental dan fizikal,” jelasnya.

Manakala Tan Eye Kim, 60, pula berkata, tarian singa juga merupakan lambang kebudayaan dan tradisi turun temurun masyarakat Cina dan tiada kaitan dengan agama atau kepercayaan.

“Tarian Singa yang dianggotai dua orang penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kedua-dua penari akan bergerak seakan-akan singa diatas pentas diiringi oleh paluan gong, simbal, gendang dan dentuman mercun yang dikatakan membawa tuah.

“Masyarakat Cina percaya bahawa singa mempunyai kuasa ajaib dan boleh mendatangkan tuah,” tambah beliau.

 

-SH

Tinggalkan komen anda