Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Pertubuhan Mesra Lundu Satukan Suara Ramai

By 16 Februari 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh : Syed Fauzi Syd Mostapa

LUNDU, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Sesebuah pertubuhan komuniti yang wujud memainkan peranan sebagai tempat untuk menjadikan suara ramai yang berbeza-beza kepada satu suara baharu yang sama. Sesebuah pertubuhan yang melindungi ahli-ahli juga dapat memastikan pergerakan positif ekonomi setempat.

Persatuan Chung Hwa Sematan yang telah ditubuhkan sejak 60 tahun lalu misalnya bertindak menjaga kebajikan penduduk Cina Sematan sekali gus memantapkan ekonomi isi rumah masyarakat Cina.

Menurut Setiausaha, Lee Chiun Tek, sejak ditubuhkan pada 21 Februari 1957 dan kini mempunyai 240 orang ahli, persatuan itu banyak memberikan manfaat kepada penduduk Cina Sematan.

Lee Chiun Tek (gambar) menyifatkan penubuhan persatuan ini banyak memberikan manfaat kepada penduduk Cina Sematan

Lee Chiun Tek (gambar) menyifatkan penubuhan persatuan ini banyak memberikan manfaat kepada penduduk Cina Sematan

“Sejak dahulu kami menjaga kebajikan untuk sekolah seperti SRK Chung Hwa, aset kami seperti kubur, tokong dan hubungan antara masyarakat Cina.

“Banyak kemajuan selepas Tok Nan menjadi Ketua Menteri misalnya, Projek Utama Pan Borneo juga membuka peluang kepada sumber ekonomi masyarakat Cina yang terdiri daripada peniaga dan pekebun.

“Selain itu, SK Chung Hwa Sematan kini dah ada dewan. Hasil bantuan kewangan dapat juga buat infrastruktur yang lebih baik kepada kami. Setiap majlis kami juga menjadi lebih meriah,” katanya yang  merancang untuk membuat Pesta Tanglung selepas ini.

Chiun Tek ditemui ketika menerima Sijil Penghargaan selepas Persatuan Chung Hwa Sematan telah berdaftar lebih 20 tahun daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat semasa Majlis Pemimpin Bersama Pertubuhan Mesra bagi Daerah Lundu di Lundu Townsquare pagi tadi

Sementara itu, Masir menyifatkan sumbangan pertubuhan tidak sewajarnya dipandang enteng kerana memberi sumbangan secara menyeluruh.

“Sumbangan Pertubuhan Mesra Daerah Lundu yang diwakili 19 pertubuhan ini tidak boleh dipandang enteng kerana menyumbang secara menyeluruh dalam menyediakan khidmat sosial, kebajikan, keagamaan dan kebudayaan ke arah komuniti bertaraf dunia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Persatuan Chung Hwa Sematan yang telah ditubuhkan sejak 60 tahun lalu

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Persatuan Chung Hwa Sematan yang telah ditubuhkan sejak 60 tahun lalu

“Menerusi pemberian geran RM10 ribu seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib semasa pembentangan Bajet 2017 kepada Persatuan Penduduk yang berdaftar di bawah ROS juga merupakan inisiatif mewujudkan kejiranan yang selamat dan harmoni,” ujarnya.

Dalam pada itu, bagi seorang lagi penerima yang mewakili Pertubuhan Agama Budhha Lundu, Lim Teck Wan menjelaskan arwah Tok Nan bukan sahaja berjasa kepada pertubuhannya sejak 1986 malah kepada seluruh penduduk Sarawak.

“10 tahun belakangan ini, kami banyak dapat geran daripada kerajaan, sebelum itu memang tiada. Banyak juga kami dapat sertai aktiviti yang diadakan.

“Perubahan yang jelas kepada masyarakat Cina sejak Tok Nan jadi pemimpin, golongan yang lebih  kepada pembangkang  berbalik kepada Tok Nan. Tok Nan memperjuangkan hak orang Sarawak, sebelum ini kita tak tahu bila Sarawak merdeka.

Pertubuhan Agama Budhha Lundu menjelaskan arwah Tok Nan cukup banyak berjasa

Pertubuhan Agama Budhha Lundu menjelaskan arwah Tok Nan cukup banyak berjasa

“Apabila Tok Nan menjadi Ketua Menteri baru kita tahu tarikh 22 Julai sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak. Selain itu, banyak juga bantuan diberikan keada sekolah Cina dan Persatuan Cina seperti kami.

“Dua projek gergasi ini Tok Nan iaitu CENTEXS dan Matrikulasi juga menggambarkan kemajuan Lundu yang paling ketara,” jelas Timbalan Pengerusi yang berasal dari Kg Seketi Cina itu.

Dalam pada itu, ahli jawatankuasa Kelab Sosial dan Rekreasi Majlis Daerah Lundu, Patrick Wee, menganggap selain menjaga kebajikan ahli, persatuan juga berperanan dalam menyumbang ke arah kemajuan pendidikan anak-anak.

“Pertubuhan bukan sahaja tertumpu kepada kebajikan malah ada juga imbuhan kepada anak-anak yang berjaya dalam pendidikan. Pemberian insentif kepada pelajar cemerlang misalnya memberikan semangat kepada mereka untuk lebih berjaya

“Sejak ditubuhkan pada 1996, kelab kami yang mempunyai seramai 40 orang ahli ini aktif juga membuat lawatan ke Semenanajung dan Sabah sekali gus merapatkan hubungan dengan NGO (Badan Bukan Kerajaan) yang ada di sana,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, sebanyak 4114 NGO didaftarkan di Sarawak manakala lebih 60 ribu pertubuhan yang telah didaftarkan di Malaysia.

 

-SH

Tinggalkan komen anda