Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

PRK Tanjong Datu-Feri Sg Rambungan Mulai Penuh

By 4 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 Oleh: Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto: Zarel Azreqh Zainal Aznam

LUNDU, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Dengan jarak 100km dari bandar raya Kuching, orang ramai bukan sahaja dilihat mula memenuhi jalan darat, bahkan jalan air yang disediakan iaitu feri turut dipenuhi oleh sebab Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu berlangsung pagi ini.

Kelasi yang ditemui awal pagi tadi di Ferry Point Sungai Rambungan, Hafizan Jeepie, 22, dari Kampung Stunggang Melayu Lama berkata sejak tiga hari lepas, lebih banyak kenderaan mula menaiki feri untuk membuat persiapan menjelang PRK.

Hafizan yang ditemui di atas feri.

Hafizan yang ditemui di atas feri.

“Sempena PRK, sejak tiga hari lepas saya lihat dah ramai yang mula datang memenuhi feri kami. Rata-rata mereka datang untung membuat persediaan awal sempena mencari pengganti arwah Tok Nan di Tanjong Datu,” ujarnya.

Dengan menghubungkan Lundu dan Kuching sekitar 10 minit sahaja memberi pilihan utama kepada mereka yang ingin pergi ke dua destinasi ini.

IMG_9936

Kereta yang memenuhi Feri Seketi II Kuching

“Kami beroperasi dengan dua buah feri dari 4.00 pagi sampai 8.00 malam. Namun selepas itu sehingga 12.00 tengah malam hanya sebuah feri beroperasi.

“Pada kebiasaan 400 ke 500 buah kereta menggunakan feri kami setiap hari. Satu perjalanan dalam 18 ke 19 buah kenderaan pada tiap-tiap masa dengan bayaran RM1,” ujarnya.

Keindahan pemandangan sekitar Sungai Rambungan

Keindahan pemandangan sekitar Sungai Rambungan

Hafizan yang baru tiga bulan bekerja di feri tersebut berkata rata-rata orang yang menaiki feri ini suka juga akan pemandangan yang cantik terutama waktu matahari terbit dan terbenam selain dapat melihat bujang senang jika bernasib baik.

“Ramai yang datang atas urusan masing-masing dan sempat bergambar lalu memuat naik dalam laman sosial masing-masing. Ada juga yang seronok melihat bujang senang yang ada ketika air pasang  yang timbul menuju ke hulu dan hilir. Jika air surut akan nampak buaya tidur di tepi-tepi sungai,” tambahnya lagi.

Sementara itu, bagi pemandu Roza anak Gumbang, 44 dia menggunakan jalan air itu kerana lebih menjimatkan masa dan tenaga.

Jalan air ini menjimatkan lebih 30 minit berbanding jalan darat-Roza

Jalan air ini menjimatkan lebih 30 minit berbanding jalan darat-Roza

“Dengan menaiki feri ini, saya dapat menjimatkan lebih 30 minit berbanding jalan darat yang penuh dengan kenderaan besar dan menyebabkan perjalanan lebih lambat.
“Feri ini juga cukup besar dan dapat juga memuatkan banyak kenderaan termasuk lori besar yang membawa kanopi. Usaha kerajaan negeri ini dilihat dapat memudahkan orang ramai. Selain jalan air dan jalan darat, pembinaan lebuh raya Pan Borneo yang dijangka siap pada 2022 akan lebih memudahkan perjalanan semua,” ujarnya lagi.
Penamaan calon bagi PRK Tanjong Datu akan berlangsung pada 9.00 pagi ini oleh sebab bekas Ketua Menteri Sarawak Kelima, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pada 11 Januari lepas akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan.
-SF

 

Tinggalkan komen anda