Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Subsidi Bersasar, Manfaat Golongan Memerlukan

By 3 Februari 2017Februari 6th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh : Mohamad Zairin Mohamad Zin & Siti Rasidah Abdul Musa / Foto oleh : Ahmad Yaakob & Jaitripta Kaur

KUALA SELANGOR, 3 Feb (Malaysiaaktif) – “Saya amat gembira kerana pertama kali dapat bersua muka dengan Perdana Menteri Malaysia dan saya berterima kasih atas kesudian Perdana  Menteri turun sendiri ke Kampung Ijok untuk menyampaikan sumbangan.

Kongsi bekas guru besar, Mohamad Khairan Hassan yang merupakan salah seorang penerima alat bantuan kesihatan berupa kerusi roda dan tongkat pada majlis pelancaran program ‘Jom Bantu Rakyat’ peringkat Parlimen Kuala Selangor bertempat di Sekolah Kebangsaan Ijok pagi tadi.

Seramai 36 orang terdiri daripada warga emas dan veteran telah menerima sumbangan pada hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa menyampaikan sumbangan kepada Mariamah Haji Yaakob, salah seorang penerima bantuan berupa pembaikan terhadap rumahnya meliputi zink, dapur, perabut dan hampir keseluruhan rumahnya diperbaiki.

WhatsApp Image 2017-02-03 at 9.10.31 PM (1)

Mariamah Yaakob berbesar hati menjadi salah seorang penerima bantuan Program ‘Jom Bantu Rakyat’ Peringkat Parlimen Kuala Selangor

“Saya bersyukur kerana dengan adanya bantuan ini, saya dan keluarga dapat meneruskan kehidupan dan saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Perdana Menteri di atas sumbangan ini dan sudi datang melawat saya dan keluarga di sini,” kata Mariamah.

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, beliau berasa cukup senang kerana telah memilih pendekatan baru iaitu pendekatan pemimpin bersama rakyat dan juga pendekatan bagaimana kerajaan boleh membantu rakyat.

WhatsApp Image 2017-02-03 at 9.11.10 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyempurnakan Program ‘Jom Bantu Rakyat’ Peringkat Parlimen Kuala Selangor

“Pertamanya, dari segi pendekatan pemimpin bersama rakyat, saya telah menggariskan bahawa apa yang penting ialah saya dan rakan-rakan dapat berjumpa dan berinteraksi dengan rakyat tanpa terikat kepada protokol yang terlalu ketat yang sedia mana diamalkan sebelum ini.

‘Pendekatan yang kedua ialah dasar kerajaan hari ini. Kita nak ubah dasar kerajaan daripada memberi bantuan secara pukal, subsidi secara pukal kepada bantuan dan subsidi secara bersasar,” ujar Najib.

Tambah beliau lagi, sekiranya bantuan ataupun subsidi diberi secara pukal, banyak ketirisan dan ketidakadilan berlaku. Penjimatan daripada subsidi minyak akan dipindahkan kepada subsidi atau bantuan secara bersasar kepada rakyat yang memerlukan bantuan dan inilah yang matlmat utama Kerajaan.

WhatsApp Image 2017-02-03 at 9.10.50 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra bersama penduduk Kampung Ijok, Kuala Selangor di pelancaran Program Jom Bantu Rakyat Peringkat Parlimen Kuala Selangor

“Kerajaan Barisan Nasional berusaha mentadbir kerajaan ini dengan sebaik-baiknya. Daripada penjimatan subsidi minyak sekarang, kita gunakan untuk berikan pendidikan percuma, beri pemeriksaan kesihatan dengan bayaran yang paling minima dan juga lain-lain. Saya janji, kita ambil penjimatan subsidi itu, kita pulangkan balik kepada rakyat,” tegas beliau lagi.

Turut hadir pada majlis ini adalah Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan; Datuk  Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan dan Datuk Seri Irmohizam Hj. Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Selangor.

 

-MSM/AAS

Tinggalkan komen anda