Skip to main content
HomeSelangor

Malaysia Tuan Rumah Kongres Insurans APLIC 2017

By 17 Mac 2017Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / Foto Oleh Noor Sazarina Mohd Noor (Petaling)

PETALING JAYA, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Persatuan Insurans Hayat dan Penasihat Takaful Keluarga Kebangsaan (NAMLIFA) dipilih sebagai penganjur Kongres Insurans Hayat Asia-Pacifik Ke-16 (APLIC).

Perhimpunan pengamal industri pengurusan insurans ini akan bermula pada 17 hingga 19 Mei 2017 di Genting Highlands, Pahang.

Lebih 5,000 orang pengamal insurans profesional dan penasihat kewangan dijangka menghadiri kongres terbesar ini.

APLIC akan dianjurkan bersama Asia Pacific Financial Services Association (APFinSA)  dengan sokongan Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCeb) agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

65d4b2f3-474d-46e0-a415-cd8f09f78bbd

“Penganjuran 16th APLIC ini merupakan acara antarabangsa dan membantu mempromosikan Malaysia sebagai tempat perjumpaan, insentif, konvensyen dan himpunan yang terbaik di Asia,” kata Pengerusi APLIC Ke-16,Tang Kia Sing di sini semalam.

“‘Together As One” dipilih sebagai tema kongres pada kali ini. Tema ini membawa maksud keharmonian dalam himpunan peserta kongres dari berbilang negara, latar belakang, budaya dan bahasa bagi mempelajari serta memahami kehidupan sebagai pengamal industri insurans,” ujar Presiden NAMLIFA, James Bong.

Sejumlah 12 negara akan mengambil bahagian dalam APLIC Ke-16, termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, India, Sri Lanka, Hong Kong, Macau, Japan, Australia dan China.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Datuk Zulkefli Haji Sharif berkata, “Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah APLIC Ke-16 ini merupakan satu penghormatan kerana keupayaan kita telah terbukti dengan kejayaan penganjuran kongres yang sama pada 1993 dan 2005.”

“Kami juga ingin menunjukkan kepelbagaian budaya dan bahasa kepada peserta yang bakal hadir. Sektor pelancongan di Malaysia menawarkan kemudahan bertaraf antarabangsa dalam memenuhi keperluan dan kehendak pelancong. Ini juga memberi peluang perniagaan kepada pelancong yang ingin melabur di Malaysia,” ujar Zulkefli.

Sebelum ini, Malaysia menjadi tuan rumah APLIC pada 1993 dan 2005.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda