Skip to main content
Berita TempatanSabah

Gambus Simbol Perpaduan ‘Papar Half Marathon’

By 25 April 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan: Mohammad Abdul Rahman / Foto: Jeffren Malaning (Sabah)

PAPAR, 25 Apr (Malaysiaktif) – Larian ‘Papar Half Marathon Gambus 2017’ mengangkat ‘Gambus’ sebagai instrumen yang mampu memupuk perpaduan berlangsung di daerah berkenaan pada Ahad.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) Pantai Manis, Datuk Seri Abdul Rahim Ismail, Program Papar Half Marathon Gambus 2017 julung kali diadakan dengan membawa moto “Gambus Instrumen Perpaduan”.

“Gambus Instrumen Perpaduan dari Persatuan Masyarakat Brunai Sabah (PMBS) diketengahkan melalui program larian sebagai usaha memupuk ke arah perpaduan.

Elviana menerima hadiah daripada Rahim (dua dari kanan).

Elviana menerima hadiah daripada Rahim (dua dari kanan).

“Kita lihat saja program ini disertai oleh semua kaum dan kita mengalakkan semua badan bukan kerajaan (NGO) serta agensi kerajaan turut menganjurkan program sedemikian yang mengutamakan perpaduan kaum.

“Kita bersama-sama menyokong supaya Sabah muncul sebagai negeri yang maju dengan masyarakat yang bersatu padu tidak kira apa-apa juga latar belakang yang menjadikan kita kuat jika bersatu.

Katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan program berkenaan di Perkarangan Letak Kereta 1Grocer Papar, pada Ahad.

Program larian yang dikendalikan oleh usaha sama PMBS itu merupakan kejayaan luar biasa persatuan tersebut dengan mengetengahkan Gambus sebagai ikatan perpaduan yang berjaya menerima penyertaan lebih 700 peserta.

Empat kategori dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan perempuan terbuka, lelaki dan wanita veteran bagi jarak 21 kilometer (km) dan 10km.

Johan kategori larian 21km lelaki Sapirin Sumping, 32, dari Ranau menjelaskan dia tidak menyangka larian ini agak mencabar.

“Mulanya saya anggap larian gambus perpaduan ini hanya melibatkan kawasan tanah rata sahaja tetapi sebaliknya turut menguji tahap ketahanan mental.

Tambahnya, selepas larian 12km, saya dan rakan-rakan mula merasai ujiannya dengan terpaksa mengharungi laluan berbukit.

“Memang trek ini agak mencabar tetapi akhirnya saya berjaya mengharunginya,” katanya ketika ditemui selepas menerima hadiah.

Sementara itu, johan wanita terbuka,
Elviana Jimin, 25 menganggap pengalaman pertama melalui trek larian ini agak mencabar.

“Pertama kali saya mengikuti larian ini dan saya tidak menjangka perlu melalui laluan berbukit. Jangan ambil mudah setiap penganjuran larian yang dianjurkan kerana kita tidak tahu cabaran yang bakal ditempuhi seperti larian hari ini agak mencabar sambil tersenyum,” ujarnya.

IMG_2933

Peserta 21km Lelaki Veteran, Sapirin Sumping (tiga dari kanan) bersama-sama Rahim (empat dari kiri).

Manakala bagi kategori lelaki dan wanita Veteran dimenangi Yusof Ungkon dan Chong Vun Loong.

Dalam pada itu, seorang lagi peserta, Genli Abin, 25, dari Kota Marudu yang memenangi kategori peserta lelaki terbuka 10km, memaklumkan sebelum mengikuti larian ini dia mula berlatih sejak sebulan lalu.

“Sejak sebulan lalu saya sentiasa melakukan latihan dengan berjoging dua kali setiap hujung minggu.

“Saya bersama rakan-rakan sememangnya seronok mengikuti sebarang penganjuran larian kerana bukan setakat dapat berkenalan dengan rakan baharu malah dapat memupuk semangat perpaduan.

SF

Tinggalkan komen anda